Friday, October 31, 2008
TESIS EHSAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Penceritaan di dalam filem memainkan peranan yang sangat penting bagi menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan terhadap audien. Penceritaan yang menarik juga memberi impak kepada persembahan sesuatu filem itu supaya ia dapat menjadi medium komunikasi yang sangat berkesan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cerita ialah kisah riwayat mengenai sesuatu peristiwa, kejadian dan sebagainya. Selain itu, ia juga membawa maksud karangan atau lakonan yang mengisahkan sesuatu peristiwa atau kejadian sama ada rekaan ataupun betul-betul terjadi. Selain itu ia juga bermaksud cakap kosong dan kata-kata yang tiada kebenarannya.
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu pula, cerita ialah tuturan atau percakapan yang menerangkan sesuatu perkara, peristiwa dan lain-lain ataupun kisah. (Arbak et al. 2005). Selain itu ia juga membawa maksud karangan yang sungguh-sungguh atau rekaan yang mengisahkan sesuatu perkara. Cerita juga bermaksud lakonan sandiwara atau wayang yang dipertunjukkan atau ditayangkan.
Secara kesimpulannya, cerita adalah sesuatu kisah atau riwayat mengenai sesuatu peristiwa mahupun kejadian yang benar-benar berlaku sama ada rekaan semata-mata ataupun ianya dilakonkan, atau dalam keadaan sebenar. Menurut kedua-dua kamus ini juga, penceritaan membawa maksud perihal menceritakan sesuatu peristiwa ataupun kejadian.
Setiap karya filem yang divisualkan lazimnya diolah melalui naskhah-naskhah skrip terlebih dahulu yang mana di dalam skrip tersebut akan menggambarkan bagaimana plot kajadian sesuatu penceritaan filem. Dengan dialog-dialog yang dilakonkan oleh watak-watak di dalam penceritaan sesuatu filem dan seterusnya dikembangkan lagi ke dalam bentuk visual, sesuatu mesej yang disampaikan akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Ini disokong Swain (1982:80) yang menyatakan:
A film story is a work of fiction, designed for presentation in motion picture form.
Selain itu, penceritaan di dalam filem juga menjadi lebih menarik dengan penyusunan plot-plot yang sistematik dan seterusnya ia dapat memberi kenikmatan dan keindahan terhadap penonton. Penceritaan lazimnya mempunyai struktur beginning, middle dan juga end yang mana di dalamnya bermula dengan ekoposis, konflik, klimaks, peleraian dan juga penyelesaian. Dengan struktur asas bagi penceritaan ini, ia akan memudahkan penyampaian mesej dengan lebih jelas dan audien dapat memahami penceritaan tersebut dengan mudah.
Lazimnya penceritaan di dalam filem tidak akan lari daripada berkait dengan dunia realiti di dalam penyusunan plot penceritaannya. Dengan kata lain, penceritaan di dalam filem sebenarnya bertujuan menyampaikan mesej yang menjadi panduan di dalam sosio budaya masyarakat. Swain (1982:80) mengeluarkan hujah bahawa :
A Story is the record of how some imaginary person copes with life. It satisfies a need in us by the way it gives a sense of form and order to our chaotic world
Keindahan dan keseronokan sesebuah penceritaan karya filem itu akan lebih bermakna sekiranya pendekatan bidang ilmu yang lain diolah di dalam jalan penceritaannya seperti pendekatan kandungan wasiat Luqman Al-Hakim dan sebagainya.
Dengan mesej yang disampaikan melalui pendekatan ini, penceritaan sesebuah filem itu memberi kesan bagaimana cara kita bertindak di dalam kehidupan sebenar. Oleh itu, sesebuah karya filem seharusnya mempunyai input ilmu di samping corak susunan plot yang menarik.
Dengan wujudnya pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim ini, ianya dapat menimbulkan lagi keistimewaan sesebuah karya filem dan keberkesanan nilai moraliti yang menjadi teras di dalam kehidupan masyarakat. Contoh ini dapat dilihat melalui filem Si Tanggang arahan Jamil Sulong yang mana melalui filem ini, pengkaji memilih pendekatan Wasiat Luqman Al-Hakim sebagai bahan kajian.
Cerita Si Tanggang sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu kerana cerita ini dikeluarkan dalam pelbagai versi seperti novel, cerpen pendek dan juga filem. Filem Si Tanggang ini juga sebenarnya ialah sebuah filem drama adaptasi dongeng Melayu dan boleh dikategorikan sebagai cerita rakyat. Ini kerana menurut kamus komprehensif Bahasa Melayu cerita rakyat adalah membawa maksud cerita yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakatdan ianya diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan. Cerita Si Tanggang yang pada asalnya menjadi cerita rakyat ini kini akhirnya telah pun difilemkan.
Filem Si Tanggang arahan Dato’ Jamil Sulong yang dilakonkan oleh Jins Shamsudin sebagai Tanggang semasa dewasa, Zaiton sebagai Kenanga, Normadiah sebagai Dermai, Sarimah sebagai Puteri Indera Kachik, S. Kadarisman sebagai Nakhoda Rogan dan juga Bat latif sebagai Tanggang semasa muda ini diterbitkan oleh Malay Film Production pada tahun 1961 .
Melalui pendekatan ini, pengkaji berpendapat bahawa kandungan penceritaan filem Si Tanggang ini perlu dikaji dengan lebih khusus. Pemerhatian dan penganalisisan tentang pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim di dalam filem Si Tanggang ini dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti sesebuah filem kerana kandungan wasiatnya adalah teras kepada unsur-unsur moraliti yang diamalkan oleh segenap masyarakat di seluruh dunia. Selain itu, ia juga sebagai medium komunikasi yang meluas serta medium bagi ilmu pembelajaran dan pendidikan.
1.1 Latar Belakang Kajian
Si Tanggang adalah sebuah filem drama adaptasi dongeng Melayu iaitu Si Tanggang dan diterbitkan di Malaysia pada tahun 1961. Filem arahan Jamil Sulong ini merupakan salah satu filem yang menjadi hiburan suatu ketika dahulu selepas empat tahun negara Malaysia mendapat kemerdekaan.
Filem menjadi alat hiburan dan media komunikasi yang sangat berpengaruh sejak awal abad ke-20 lagi. Mohd Ghazali Abdullah (2005 : 29). Perkembangan filem negara telah bermula sejak 1907 apabila pawagam pertama ditubuhkan di Singapura. Pada tahun 1933 filem pertama berjudul Laila Majnun arahan B.S. Rajhans diterbitkan. Sambutan terhadap filem-filem Melayu pada ketika itu sangat menggalakkan kerana filem memberikan suatu dimensi hiburan baru kepada masyarakat.
Selain itu, Industri perfileman ini juga telah melahirkan ramai tokoh karyawan seni seperti P. Ramlee, M. Amin, Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Jamil Sulong, L. Krishnan, Jins Shamsuddin, Zaiton, Latifah Omar, Mustafa Maarof, dan Sarimah. Filem-filem Melayu pada asalnya menjadi salah satu medium komunikasi yang memberi pendidikan secara tidak langsung terhadap masyarakat dari segi sosial. Tujuan paling utama filem-filem di Malaysia dihasilkan adalah lebih tertumpu kepada penyampaian mesej yang berguna dan juga membangkitkan kesedaran sosial terhadap masyarakat Malaysia. Ini disokong oleh Mohd Ghazali Abdullah (2005 : 29) :
Filem-Filem Melayu pada era permulaan seperti Seruan Merdeka (1946), Sarjan Hassan (1958), Masyarakat Pincang (1958), Antara Dua Darjat ( 1960), Si Tanggang ( 1961) dan Ibu Mertuaku (1962) adalah antara filem-filem Melayu yang memperjuangkan masalah sosial. Penerapan mesej dan isu sosial menerusi filem-filem tersebut dalam usaha mendidik dan membangunkan minda masyarakat jelas terpapar.
Visual yang dipaparkan memberikan pendidikan yang tidak formal terhadap pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur di Malaysia pada ketika itu. Ianya berbalik kepada isu-isu sikap, moraliti, unsur-unsur keagamaan dan juga sejarah yang menyebabkan apa yang mereka lalui. Terdapat pelbagai sumber ilmu yang menjadi panduan penerbitan filem-filem pada ketika itu, namun ianya tidak ditunjukkan dengan ekstrim kerana filem pada masa itu merupakan dimensi baru bagi masyarakat mendapatkan hiburan.
Penerbitan filem-filem Melayu pada peringkat awalnya diterajui oleh Syarikat Malayan Arts Production arahan B.S. Rajhans, dan diikuti dengan Shaw Brothers. Mohd Ghazali Abdullah (2005 : 30). Selepas itu Shaw Brothers bergabung dengan B.S. Rajhans menubuhkan Malay Filem Productions. Dua buah organisasi yang memainkan peranan penting menerbitkan filem-filem Melayu ialah Cathay Organization dan Keris Film Production Ltd, yang kemudiannya bergabung dinamakan Cathay-Keris filem Production Ltd.
Pertumbuhan dan perkembangan filem-filem Melayu di Jalan Ampas mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Walaubagaimanapun, selepas industri filem-filem Melayu dipindahkan ke studio Merdeka, filem-filem Melayu mula merosot apabila Studio Merdeka dijual kepada FINAS.
Pada tahun 1980-an dan 1990-an, kebangkitan semula filem-filem Melayu dengan diberi nafas baru apabila pengarah-pengarah muda yang berpendidikan formal dalam bidang perfileman kembali ke Malaysia. Mereka terdiri daripada Othman Hafsham dengan filem Adik Manja (1981) dan Mekanik (1983), Rahim Razali dengan filem Abang ( 1981), Matinya Seorang Patriot (1984), Tsu Feh Sofia (1986), Puteri( 1987), dan Abang 92 ( 1993). Pendekatan yang dibawa di dalam filem-filem ini mempunyai elemen yang berbeza berbanding filem-filem pada awal penerbitannya di Malaysia. Ini kerana ianya lebih komersial dengan menggunakan pelakon-pelakon yang popular.
Menurut David Teo (2008), sesebuah filem tidak boleh dijual sekiranya tidak mempunyai elemen-elemen komersial walaupun jalan penceritaannya sangat baik dan mempunyai mesej yang sangat mendalam untuk disampaikan. Filem-filem ini yang tidak mementingkan elemen-elemen komersial untuk menarik penonton dan mendapatkan keuntungan dianggapnya sebagai filem syok sendiri kerana pengarah membuat filem hanya sekadar menyampaikan mesej dan tidak mengira sama ada rugi ataupun untung dari segi penjualannya.
Kenyataan ini juga dipersetujui Hans Isaac (2008). beliau menambah sekiranya mesej yang hendak disampaikan melalui jalan penceritaan tersebut seharusnya dengan pendekatan yang pelbagai tidak kira dari segi genre dan sebagainya. Ini kerana terdapat audien yang tidak boleh menerima sesuatu visual yang disampaikan secara terus. Oleh yang demikian, elemen-elemen lain yang menjadi pengantara menjadikan ia sesuatu yang mudah diterima.
Menurut Mohd. Zahari Ishak. (2006 : 3) kepentingan agama kepada manusia dan negara memang tidak dapat dipisahkan kerana manusia memerlukan pegangan terhadap agama bagi memimpin kehidupan mereka kearah yang lebih baik. Jika mereka menyimpang dari landasan agama, kehidupan mereka sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir dan hilang arah tujuan.
Pengamalan agama juga penting kepada negara kerana dapat mengurangkan berlakunya gejala sosial yang memalukan, kadar jenayah yang menakutkan dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan terhadap agama secara tidak langsung menyebabkan rakyat berasa segan dan tidak berani untuk melanggar undang-undang. beliau menambah lagi bahawa :
Kepercayaan terhadap agama dapat digunakan oleh sesebuah kerajaan sebagai agen penggerak untuk mendisiplinkan rakyat agar mematuhi undang-undang dan pada masa yang sama, memberikan motivasi kepada mereka yang memajukan negara.
Matlamat ini juga dapat diaplikasikan dengan pengaplikasian ilmu-ilmu agama di dalam sesuatu penceritaan filem bagi memberi peringatan dan juga berfungsi sebagai ejen pendidikan. Zulkiple Abd. Ghani. (2001 : 5) di dalam bukunya menyatakan hasil daripada perkembangan kebangkitan Islam pada awal tahun 1970-an, beberapa intelektual muslim mula merujuk minat mengkaji teori-teori komunikasi berdasarkan kepada ajaran Islam.
Antaranya tulisan Mohd. Yusof Hussain (Zulkiple Abd. Ghani, 2001) yang muncul dalam media Asia pada tahun 1986 dengan tajuk Islamization Of Communication Theory. Beliau telah mengemukakan idea agar intelektual muslim menguasai teori-teori media yang dibina oleh golongan sekular barat sama ada teori pada peringkat individu, kumpulan kecil, komuniti, organisasi mahupun nasional.
Filem juga sebenarnya merupakan salah satu medium komunikasi yang sangat penting menyebarkan maklumat kepada audiens. Oleh yang demikian, penceritaan di sesuatu filem seharusnya bermanfaat untuk audiens terutamaya dalam bidang keagamaan. Ini disokong oleh Mohd. Yusof Hussain yang menyatakan :
Melalui penguasaan ini, amalan media semasa seperti operasi akhbar, radio, televisyen, majalah dan filem boleh difahami, dikuasai, dicabar dan diubahsuai atau dicipta yang baru supaya sesuai dengan ajaran Islam.
Beberapa strategi dan garis panduan juga telah dicadangkan oleh beliau iaitu para intelektual muslim perlu memahami ajaran islam dengan menguasai Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu para intelektual muslim juga harus mengetahui teori-teori komunikasi barat dan mengenalpasti beberapa kelemahan teori komunikasi barat berbanding dengan ajaran Islam. Selain itu golongan ini juga haruslah membina teori-teori baru dan mengujinya supaya terbukti kesan baiknya kepada pembangunan masyarakat.
Zulkiple Abd. Ghani. (2001 : 29) berpendapat bahawa beberapa orang intelektual muslim tempatan dan luar negara seperti Mohd. Kamal Hassan, Mohd. Yusof Hussin, Imtiaz Hasnaian, Dilnawaz Siddiqui dan Merrly Wyn Davies telah membentangkan pandangan mereka di beberapa seminar dan bengkel tentang bagaimana orang Islam seharusnya memanfaatkan alat-alat media bagi tujuan dakwah.
Zulkiple Abd. Ghani (2001) telah membincangkan secara langsung pendangan yang diutarakan oleh pengkaji media massa di barat seperti Laswell, Schramm, Wright, Lazarsfeld dan lain-lain terhadap lima peranan utama media seperti berikut:
i. Pengawas kepada alam sekeliling (surveillance)
ii. Membincangkan dan mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam masyarakat (correlation)
iii. Menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru (ethicizing function)
iv. Menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat (interpreter)
v. Menjadi watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan
Beliau menyatakan lagi bahawa perubahan yang berlaku dalam masyarakat juga sebenarnya menambah beberapa peranan baru bagi media antaranya membentuk pendapat umum terutamanya ketika pilihan raya dijalankan, menjual barangan atau perkhidmatan melalui pengiklanan, membentuk keharmonian dan perpaduan kaum, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
lima peranan utama media yang digariskan oleh pengkaji media dari barat ini sebenarnya mempunyai banyak perbezaan dengan hasrat yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun ianya diakui tetapi perkara ini jarang sekali dibincangkan secara detail dan serius oleh intelektual Muslim.
Mohd Yusof dalam perbincangannya lagi menambah bahawa media dari perspektif islam mesti juga menyuruh atau menyeru kepada yang makruf, mencegah perkara yang mungkar, menyatakan sesuatu yang benar dan tidak memutarbelitkan kenyataan dan kebenaran untuk kepentingan diri atau kumpulan.
Hasil daripada tinjauan beliau pada tahun 1984 terhadap 42 orang daripada kumpulan golongan agama (ulama, mufti, guru agama dan pensyarah). Peratus terbesar menyatakan rancangan agama di radio tidak mencukupi (71.5 peratus), 90.5 peratus menyatakan rancangan agama di televisyen juga tidak mencukupi, dan kesemuanya berpendapat rancangan agama di televisyen tidak sepatutnya diikuti dengan rancangan hiburan yang mengandungi tarian dan babak-babak bercumbu.
Sebahagian besar daripada mereka didapati bersetuju bahawa aspek ibadah, ibadat khusus dan tajwid banyak dibincangkan di radio dan televisyen, tetapi aspek munakahat, muamalat, jinayat, khilafat, sejarah dan tasawwur Islam kurang diberi tumpuan.
Lima peranan utama media seperti yang disebutkan tadi sebenarnya tidak banyak mengundang kontroversi di kalangan umat Islam berbanding dengan peranan media sebagai alat untuk berhibur. Peranan inilah yang dikatakan paling menonjol dalam media ketika ini kerana operasi media merupakan sumber pendapatan yang lumayan, misalnya pendapatan negara Amerika yang kedua terbesar selepas eksport senjata dikatakan datangnya daripada eksport industri hiburan. (Zulkiple Abd. Ghani. (2001 : 29)
Wasiat Luqman Al-Hakim yang terdapat di dalam surah Luqman ayat 13 hingga 19 di dalam Al-Quran mempunyai elemen-elemen nasihat dan moraliti yang lengkap sekiranya ia diaplikasikan di dalam sesebuah filem. Kandungannya yang dipecahkan kepada sepuluh wasiat mempunyai pengaruh yang sangat besar sekiranya diaplikasikan di dalam sesebuah filem sebagai medium pendidikan Kesemua wasiat ini dikaitkan dengan penceritaan di dalam filem Si Tanggang.
Secara ringkasnya, ayat 13 dalam Surah Luqman mewasiatkan supaya manusia tidak sekali-kali menyengutukan Tuhan yang Esa Ayat 14 pula mewasiatkan supaya setiap anak hendaklah sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ayat yang seterusnya adalah mewasiatkan supaya umat manusia tidak mengikuti seruan syirik dan ingatlah sentiasa sesungguhnya manusia itu akan mati pada suatu hari nanti. Manakala ayat 16 Surah Luqman pula mewasiatkan dan mengingatkan manusia bahawa sebenarnya tidak ada yang tesembunyi daripada ilmu Allah kerana kebesaran kuasanya.
Ayat 17 dalam Surah Luqman mewasiatkan supaya hendaklah mendirikan sembahyang dan ayat yang seterusnya pula selepas itu mewasiatkan supaya manusia tidak suka bersikap sombong. Dalam ayat 19 pula menasihatkan supaya manusia sentiasa bersederhana dalam perjalanan dan merendahkan nada suaranya. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
1.2 Objektif Kajian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, penelitian terhadap struktur penceritaan dan juga kandungan Wasiat Luqman Al-Hakim begitu penting bagi mencapai objektif kajian ini.
i. Untuk mendalami tentang makna penceritaan dan kaitannya dalam filem Si Tanggang.
ii. Mengkaji isi kandungan sepuluh wasiat Luqman Al-Hakim ini dan sejauhmanakah kandungan wasiat Luqman Al-hakim ini.
iii. Menganalisis kandungan penceritaan Filem Si Tanggang berdasarkan wasiat Luqman Al-Hakim.
iv. Melihat sejauh manakah impak penceritaan filem Si Tanggang berpandukan sepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim
1.3 Rasional Kajian
Pengkaji merasakan bahawa kajian ini adalah satu kajian yang sangat wajar dan rasional dilakukan. Ini kerana pengkaji merasakan ia amat sesuai dikaji disebabkan penceritaan filem ini tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia.
Seperti yang telah diketahui umum, cerita Si Tanggang ini diterbitkan di dalam pelbagai versi dan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan juga dewasa selain mitos dalam cerita-cerita rakyat daripada dahulu sehinggalah kini. Pengkaji meneliti bahawa filem ini banyak memaparkan kandungan wasiat Luqman Al¬-Hakim di dalam kandungan penceritaannya
Selain itu, dalam mengkaji pendekatan wasiat Luqman Al¬-Hakim ini, ianya dapat memartabatkan lagi konsep penggunaan sumber-sumber pendekatan ilmu lain di dalam penceritaan filem agar ia dapat terus digunakan sebagai sumber pendidikan dan pembelajaran.
1.4 Skop Kajian
Skop pengkajian ini adalah terhadap Sepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim. Pengkaji akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kandungan kesepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim di dalam penceritaan filem Si Tanggang. Unit analisis yang dikaji adalah kandungan penceritaan tersurat dan juga tersirat filem Si Tanggang
Pengkajian tentang pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim ini hanyalah kepada jalan penceritaan dan juga dialog yang terdapat di dalam filem ini. Walaubagaimanapun, sebelum mengkaji penceritaan, pengkaji terlebih dahulu merujuk kepada sinopsis cerita sebagai rujukan tambahan. Dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian terhadap pelbagai versi penceritaan sebelum menganalisis jalan penceritaan di dalam filem Si Tanggang.
1.5 Pernyataan Masalah
Si Tanggang adalah sebuah filem pilihan pengkaji dalam membuat kajian berkaitan dengan pendekatan Wasiat Luqman Al-Hakim ini.
Menerusi penceritaan ini, pengkaji telah berminat untuk mengkaji dan melihat kepada aspek penggunaan pendekatan wasiat luqman Al-Hakim yang terdapat di dalam penceritaan filem Si Tanggang. Walaubagaimanapun, dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pengkaji.
Ini kerana, menerusi kajian ini, ianya akan memperlihatkan kepada persoalan yang berhubung dengan aspek-aspek penggunaaan wasiat Luqman Al-Hakim yang mana ianya adalah untuk menjawab persoalan kajian ini iaitu :
i. Antara persoalan tersebut adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai wasiat Luqman Al-Hakim dan huraian yang terdapat di dalamnya.
ii. Mengkaji kepentingan penggunaan pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim di dalam penceritaan filem yang dikaji dan mengetahui sejauhmanakah keberkesanannya dalam mempengaruhi filem tersebut seterusnya menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada masyarakat. Ini kerana, melalui analisis yang diteliti, pengkaji berpendapat bahawa filem yang dikaji adalah berdasarkan kepada wasiat Luqman Al-Hakim. Dengan yang demikian, pengkaji ingin mengenalpasti samada adakah benar penceritaan ini dibuat berdasarkan pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim ataupun secara tidak sengaja.
iii. Mengenalpasti bahawa haruskah pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim ini digunakan di dalam penceritaan filem yang dikaji ataupun sebaliknya.
iv. Mengkaji, menganalisis dan seterusnya membuat penilaian terhadap contoh-contoh pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim yang terdapat di dalam penceritaan filem Si Tanggang.
v. Mencari dan menyelidik sejauhmanakah pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim ini dapat meningkatkan mutu penceritaan di dalam sesebuah filem khasnya filem Si Tanggang. Selain itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam kandungan yang terdapat di dalamnya.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian boleh dijadikan asas kepada pemantapan sesuatu bidang di dalam penyelidikan, pembelajaran, alat pengajaran dan juga contoh dalam melaksanakan kerja-kerja pengembangan dan asas dalam merancang sesuatu tindakan khasnya di dalam kehidupan.
Berdasarkan kajian ini, pengkaji mempunyai tujuan tertentu dalam menjalankan kajian ini antaranya kepentingan tersebut bukan sahaja diperoleh oleh pengkaji, tetapi juga kepada audien. Masyarakat pada masa kini lazimnya menonton filem hanyalah untuk tujuan hiburan dan keseronokan semata-mata. Mereka hanya meletakkan diri mereka sebagai penonton semata-mata dan tidak sebagai pembaca, pengguna dan pengkaji filem. Ini disokong oleh pernyataan Mansor Putih ( 1995:1) :
Menonton, membaca, mengguna dan mengkaji filem adalah empat tahap yang berbeza yang secara langsung melibatkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan budaya seseorang yang berinteraksi dengannya.
Kebiasaannya terdapat beberapa kesan kajian pendekatan wasiat luqman Al-Hakim ini kepada masyarakat. Antaranya ialah ia dapat mendedahkan kepada audien tujuan sesebuah filem dihasilkan adalah untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu sama ada secara tersurat ataupun tersirat.
Selain itu, ia juga memberi pengetahuan kepada audien tentang aspek-aspek pendekatan wasiat Luqman Al-Hakim di dalam filem. Filem boleh dikatakan sebagai jendela bagi kanak-kanak melihat dunia luar dan juga bagi seseorang yang mustahil akan ke tempat tersebut. Filem juga adalah menjadi hiburan kepada pelbagai peringkat umur dengan susunan visualnya selain menjadi medium komunikasi terhadap penonton.
Dengan input ilmu yang ditunjukkan, ia membuktikan filem bukannya hanya sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi sebagai medium pengetahuan, pengajaran dan memberikan aspek-aspek moraliti terhadap masyarakat. Ianya juga dapat menyangkal sesetengah pendapat yang negatif bahawa apabila bercerita mengenai filem adalah membuang masa dan tidak berfaedah.
Sekiranya input ilmu ini banyak terdapat di dalam filem, kesannya adalah lebih mendalam terhadap pemikiran masyarakat kerana terdapatnya medium pengantara yang memberi peringatan terhadap minda masyarakat. Boleh dikatakan ianya lebih berkesan berbanding pembelajaran di sekolah yang ada kalanya membosankan.
Corak budaya masyarakat iaitu bagaimana cara bertindak dan apa yang mempengaruhi persoanaliti dan kehidupan mereka sebenarnya sangat dipengaruhi oleh filem-filem pada masa dahulu dan sekarang. Ini boleh dilihat melalui pengaruh P. Ramlee di dalam filem kerana ianya adalah divisualkan melalui filem dan masyarakat tidak mengetahuinya melalui medium yang lain dengan cara meluas.
Ia juga dapat mendorong audien agar menonton filem bukan untuk tujuan hiburan semata-mata, sebaliknya cuba mengamalkan tahap-tahap seperti menonton, membaca, mengguna dan mengkaji kandungan filem bagi menambahkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan juga unsur-unsur ilmu yang berada di dalamnya.
Ramai masyarakat menganggap apabila menonton filem sebenarnya hanya membuang masa. Berbanding membaca buku dan menonton filem sebagai medium untuk memperolehi ilmu pengetahuan, filem adalah lebih berkesan kerana penonton dapat melihat visual serta contoh sesuatu fakta tersebut. Manakala membaca buku pula memerlukan proses membayangkan sesuatu di dalam minda bagi mencari contoh fakta yang dipelajari.
Oleh itu suatu jalan penceritaan yang menarik sangat penting bagi menarik audien menonton sesebuah filem tersebut. Menurut Hatta Azad Khan jalan cerita seharusnya disusun dengan lebih baik oleh pengarah. Beliau menambah :
Visual di dalam filem seharusnya menunjukkan pelakon lebih bijak daripada penonton. Ini kerana sekiranya penonton lebih tahu apa yang akan terjadi seterusnya akan membuatkan penonton merasa bosan
Selain itu juga, pelakon harus diberikan pemikiran dan tidak harus menunjukkan pelakon itu kelihatan bodoh. Ini kerana ianya seolah-olah memperbodohkan penonton dan menyebabkan gaya penceritaannya akan kurang menarik. Sesebuah filem itu juga akan kelihatan menarik sekiranya visualnya menunjukkan sesuatu yang mengejutkan atau menunjukkan sesuatu yang baru.
1.7 Kesimpulan
Berdasarkan apa yang dilihat melalui skop kajian yang hendak dikaji, pengkaji dapat menggambarkan dengan lebih jelas tentang kajian yang akan dibuat. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji merujuk kepada filem Si Tanggang sebagai sample kajian. Melalui filem ini pengkaji mengkaji penceritaan berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam sepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim dan huraiannya.
Filem pada ketika dahulu sememangnya mempunyai kesan yang luar biasa ke dalam sanubari seseorang yang melaluinya sehingga kini. Ini kerana ianya dapat merakamkan latar masa pada ketika itu apabila menontonnya semula. Apa yang terkandung di dalam filem tersebut menjadi mainan di dalam minda dan pemikiran. Ianya menjadi dasar, prinsip dan personaliti seterusnya menjadi panduan dan cara bertindak di dalam kehidupan seharian.
Ini dapat dibuktikan apabila seseorang menonton sesebuah filem tersebut mempunyai pengetahuan yang luas terhadap pelakon-pelakon yang melakonkan watak-watak tersebut. Kadangkala penonton kebiasaannya dapat menyelami sendiri sesuatu peristiwa dengan menyelami kesan khas yang digunakan di dalam filem tersebut. Penonton akan berasa tertunggu-tunggu dengan jalan penceritaan yang seterusnya dan mempunyai tanggapan tersendiri dan mengagak samada betul ataupun salah. Penonton akan berasa puas apabila tanggapan mereka menjadi betul.
Dengan terselitnya nilai-nilai moraliti di dalam filem yang asasnya berpandukan kepada agama akan dapat menjadi pegangan dan kepercayaan di diri seseorang dalam berfikir, bertindak, bercakap, membuat tanggapan dan juga dari segi emosinya.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 pengenalan
Dunia ini sememangnya berkait dengan pelbagai penceritaan kerana kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan penghidupan yang berbeza. Filem yang mana menunjukkan kepada kita suatu cerita yang sering kita lihat secara visual melalui penontonan di skrin televisyen ataupun di panggung wayang adalah merupakan satu medium yang merakamkan dan menyampaikannya.
Filem adalah merupakan rentetan gambar yang bergerak dari satu frame ke satu frame yang lain seterusnya menunjukkan suatu plot cerita yang menarik. Melalui filem, terdapat pelbagai pesanan dan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton dengan jalan cerita yang diselitkan dengan pelbagai pemikiran dan ideologi pengarah.
Dalam bab ini, pengkaji akan meneliti dan menghuraikan hubung kait di antara pendekatan aspek wasiat Lukman Al-Hakim di dalam penceritaan filem Si Tanggang.
Secara kesimpulannya, di sini pengkaji dapat menyimpulkan bahawa cerita membawa maksud sesuatu peristiwa yang mengisahkan suatu perkara samada rekaan ataupun perkara sebenar secara pertuturan, lakonan ataupun kejadian. Manakala penceritaan pula bermaksud menceritakan sesuatu perkara samada rekaan ataupun ianya benar-benar berlaku.
Terdapat banyak pendapat mengenai penceritaan di dalam filem khasnya. Untuk menghasilkan sesebuah filem yang mempunyai suatu cerita yang baik ataupun memenuhi konsep-konsep tertentu, terdapat pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh penyelidik-penyelidik. Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan dan menghuraikan apakah pendapat-pendapat yang telah dikeluarkan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu mengenai penceritaan di dalam filem.
2.1 Penceritaan Dalam Filem
Penceritaan di dalam filem adalah salah satu aspek yang menarik perhatian penonton untuk tertarik menonton sesuatu filem. Gaya persembahan sesuatu penceritaan filem tersebut menunjukkan sejauhmana kekreatifan seseorang pengarah tersebut mempersembahkan jalan cerita filem yang dihasilkannya. Selain itu, elemen-elemen yang menjadi daya tarikan pada sesuatu filem juga harus diambilkira bagi menarik audiens tertarik menonton sesuatu penceritaan filem. ini disokong oleh kenyataan David Teoh (2008) :
Storytelling atau penceritaan amat penting diambilkira kerana untuk memastikan samada ianya boleh dijual ataupun tidak. Ini kerana ia akan mempengaruhi pelaburan untuk penulis dan juga storytelling
walaupun elemen-elemen ini harus ada bagi menarik perhatian audiens, namun gaya penceritaan adalah aspek yang paling utama menguasai keseluruhan hasil sesebuah filem tersebut. Seharusnya filem-filem di Malaysia lebih mementingkan kandungan penceritaan yang terdapat di dalam filem seperti mengandungi elemen-elemen pendidikan dan pengajaran. Proses menyelidiki dan memperbaiki penceritaan tersebut seharusnya dengan lebih terperinci bagi mendapatkan hasil penceritaan yang memenuhi kehendak yang disukai penonton dewasa ini. Ini disokong Hans Isaac dalam kenyataannya yang ditulis oleh Nurbaiti Hamdan (2008):
actor-producer hans Issac said that although many elements contribute to a film’s success, it is essentially about good storytelling from good scripts. Movie plots must have sufficient time for development. In other countries, 20% the budget goes to ( the development process of) storytelling. They don’t come up with a script today and shoot the movie a month later like in Malaysia
Filem ialah wadah pemikiran penonton dan ianya juga berfungsi sebagai medium pendidikan dan pengajaran kepada penonton yang berada di pelbagai peringkat umur terutamanya terutamanya terhadap kanak-kanak. ini kerana kanak-kanak adalah pewaris masa depan yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Ini disokong oleh Mohd. Zahari Ishak (2006 : 1,2) :
agama memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pembangunan sesebuah negara. Rakyat yang berpegang kepada ajaran agama mempunyai semangat patriotik yang lebih menebal. Ini disebabkan dalam mana-mana agama sekalipun memang dididik agar patuh kepada pemerintah dan sayang kepada negaranya. pengamalan agama juga penting kepada negara kerana dapat mengurangkan berlakunya gejala sosial yang memalukan, kadar jenayah yang menakutkan dan sebagainya
Oleh itu, sebenarnya filem sangat penting memaparkan elemen-elemen penceritaan yang mempunyai unsur-unsur pengajaran dalam isi kandungannya. Ini diakui oleh Ghazali Abdullah (2005 : 29) dengan menyatakan :
Filem menjadi alat hiburan dan media komunikasi yang cukup berpengaruh sejak awal abad ke-20.
Menurut sejarahnya, perkembangan perfileman negara kita adalah bermula pada tahun 1907 apabila pawagam pertama ditubuhkan di Singapura. Penerbitan filem pertama berjudul Laila Majnun arahan B.S. Rajhans pada tahun 1933. Sambutan terhadap filem-filem Melayu pada masa itu menggalakkan kerana filem memberikan dimensi hiburan baru kepada masyarakat. Industri ini juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh karyawan seni seperti P. Ramlee, M. Amin, Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Jamil Sulong, L. Krishnan, Jins Shamsuddin, Zaiton, Latifah Omar, Mustafa Maarof dan juga Sarimah.
Filem-filem Melayu pada masa itu seperti Seruan Merdeka ( 1946), Sarjan Hassan (1958), Masyarakat Pincang (1958), Antara Dua Darjat ( 1960), Si Tanggang ( 1961), dan Ibu mertuaku (1962) adalah antara filem-filem Melayu yang memperjuangkan masalah sosial. Penerapan mesej dan isu sosial menerusi filem-filem tersebut dalam usaha mendidik dan membangunkan minda masyarakat jelas terpapar. (Ghazali Abdullah (2005 : 29)
Filem juga sebenarnya berfungsi untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat. Jalan penceritaan sesuatu filem tersebut sememangnya banyak berkait dengan isu semasa yang melibatkan tindakan manusia dan kesan-kesannya. Ini kerana segala yang terjadi di muka bumi ini sebenarnya adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia. Ini disokong oleh Vanidah Imran yang menyatakan :
Filem adalah salah satu medium yang mengingatkan audiens sebenarnya. Filem yang ditunjukkan adalah sebenarnya mempunyai mesej, unsur-unsur komersial, hiburan dan sebagainya perlu untuk membolehkan ia dipasarkan dan penonton tertarik untuk menontonnya. Filem is teaching secara visual sebenarnya iaitu secara terang-terangan yang boleh menjadi ikutan terhadap audiens.
Di sini kita juga boleh melihat bagaimana kanak-kanak terpengaruh dengan penceritaan filem-filem cereka seperi Ultraman, Power Rangers dan juga animasi seperi Doraemon, Batman dan sebagainya. Mereka meniru gaya perwatakan watak ini di dalam filem kerana mereka dapat melihat visualnya secara jelas. Penceritaan filem seolah-olah sebagai cetusan kepada barangan komersial yang lain mengikut perwatakan yang ditunjukkan di dalam filem.
Contohnya hasil cetusan penceritaan filem Batman terdapat baju-baju Batman, Sut Batman dan pelbagai lagi alatan yang dihasilkan untuk dijual. Segala corak dan bentuk yang terdapat di dalam penceritaan sesuatu filem menjadi bahan yang mudah diingati kerana gambar-gambar dan tulisan yang dicatak peada baju-baju, peralatan, dan apa sahaja alat kegunaan yang digunakan. Ianya tidak terhad mengikut masa, tempat dan juga golongan masyarakat. Ianya diterima dengan begitu mudah di dalam kebudayaan di seluruh dunia.
Sesuatu filem juga sebenarnya harus mengupas sesuatu isu yang kembali kepada jati diri dan bangsa dan bukannya sekadar menyatakan sesuatu yang sia-sia. kenyataan ini disokong Faisal Tehrani(2006) yang menyatakan :
filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.
Selain itu, filem juga sebenarnya menampilkan perkara-perkara yang tersirat dan hanya boleh diungkapkan oleh golongan yang berfikiran jauh dan berfikir mengenai segala visual dan dialog yang disampaikan di dalam filem. Perkara-perkara inilah yang menjadi asas kepada pembikinan sesuatu penceritaan filem dan menjadikannya menarik dan bernilai daripada segi mesej dan mengandungi pelbagai ilmu. Penceritaan filem biasanya bukan hanya setakat hiburan kosong semata-mata tanpa faedah kepada masyarakat.
Oleh yang demikian, elemen-elemen moraliti sememangnya harus ada di dalam sesebuah filem bagi mencapai tujuan ini. Filem Si Tanggang adalah salah satu filem yang mempunyai konsep moraliti ini di dalam kandungan penceritaannya. Ini kerana pengkaji mendapati elemen ini terdapat di dalam jalan penceritaannya mengikut aspek sebab dan akibat dan juga dari segi dialognya.
Mustafa Daud (2002 : 66) mendefinisikan perkataan moral ini sebagai tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika ini sama ada baik atau jahat dinamakan moral. Moral ini terbahagi kepada dua, iaitu baik dan jahat. Yang baik ialah segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik, dan yang jahat ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat.
Mustafa Daud (2002 : 66) menyatakan lagi bahawa kata etika sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa inggeris ‘ethic’. Kata ini berasal dari kata Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai, atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ianya juga sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Normati dan juga Mataethic. Normati ialah panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.
Manakala Mataethic terbahagi kepada dua, iaitu ‘analitik’ yang berfungsi menganalisis semua, peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat, dan kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuan sebenarnya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.
Elemen-elemen baik dan jahat ini memberikan paparan kepada penonton bagaimna sesuatu elemen moraliiti yang ditentukan oleh etika ini dipersoalkan di dalam penceritaan sesuatu filem. ada sesetengah penceritaan yang menunjukkan pembalasannya dan ada juga filem yang tidak menunjukkan dengan jelas mengenai pembalasan ini. namun begitu, penonton akan biasanya merujuk kepada sumber elemen moraliti dan juga aspek keagamaan.
Sikap atau akhlak yang baik sememangnya menjadi elemen yang amat penting bagi memimpin atau menaungi sesuatu organisasi lebih-lebih lagi sebuah organisasi yang besar. Begitu juga pemimpin yang akan menerajui negara di masa akan datang.
Oleh yang demikian pendidikan akhlak ini selain diajarkan di sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi pendidikan melalui subjek seperti Pendidikan Islam di sekolah umpamanya, elemen dari bentuk yang lain juga adalah amat penting contohnya melalui media penyiaran dan komunikasi seperti filem-filem kerana filem tidak akan terhad ditayangkan dari segi aspek masa, zaman dan juga tempat.
Penceeritaan di dalam filem juga seharusnya berbeza dan mempunyai pembaharuan mengikut keadaan yang mana boleh menyebaban penonton tertarik untuk melihatnya. Kenyataan ini disokong oleh Nurbaiti Hamdan (2008) yang dinyatakan oleh Hans Isaac :
Isaac believe viewer’s tastes have changed for the better. In his directorial debut, cuci, which revolved around a serious theme, Isaac tried to stike a balance between quality and commercialism.
Pengarah seharusnya bijak dalam mempresentasikan penceritaan filemnya dan seimbang dari pelbagai segi dan elemen-elemen yang menarik perhatian audience. Disebabkan itu, selain mempunyai nilai-nilai komersial filem juga seharusnya mengandungi sesuatu ilmu yang mendalam untuk direpresentasikan. Maka penonton yang menonton sesuatu filem di pawagam tidak berasa rugi menonton sesuatu filem kerana dengan wang 10 ringgit tersebut selain dapat hiburan mereka juga mendapat ilmu ataupun mepergingatkan lagi sesuatu ilmu yang telah dipelajari. ini disokong oleh Nurbaiti Hamdan ( The Star, 2008) :
Patrons pay up to RM10 each to see a show, yet local moviemaker are afraid to come up with bold scripts that can sell in the cinemas. viewers are willing to part with RM10 to be entertained. However, we don’t have many scriptwriters who are brave enough
Mustafa Daud (2002 : 65) daripada Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Akhlak sebenarnya adalah bahasa Arab yang berasal dripada kata Khulq yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku. Maksud ini terkandung di dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak rasullullah SAW yang terjemahannya :
“akhlaknya (iaitu rasullullah s.a.w) adalah al-Quran”
Akhlak Rasullullah saw yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan keyakinan, pegangan , sikap dan tingkah laku Rasullullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adapt kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang. Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup, itu dinamakan akhlak. Contohnya, jika sikap menghormati tetamu yang dinamakan oleh masyarakat Arab jahiuliah itu merupakan satu adapt yang tidak dapat diubah dan dipisahkan, itu dinamakan akhlak.
Selain itu, filem juga masih akan ditonton oleh masyarakat yang berada di negara luar sehingga ke seluruh dunia. ianya berbeza dengan medium penyiaran dan komunikasi yang lain yang hanya menyampaikan sesuatu mengikut perkembangan semasa contohnya seperti berita dan sebagainya. ianya jarang akan diulang tayang melainkan adanya sesuatu kepentingan. filem masih akan ditayangkan walaupun selepas ianya beratus tahun kerana ianya sebagai salah satu medium hiburan. sesungguhnya manusia itu lahir suka pada hiburan.
2.1.1 Plot / Jalur Cerita
Menurut Asrul Sani (Pent.,1992), sebuah cerita yang baik adalah cerita yang dipersatukan dalam satu plot ataupun suatu jalur cerita. Sebuah plot atau jalur cerita yang disatukan akan berpusat pada suatu cerita yang berkesinambungan iaitu di mana suatu kejadian akan membawa kita ke suatu kejadian lain secara wajar dan logik.
Dalam sebuah plot yang dipersatukan dengan ketat pula menurutnya tidak akan ada yang dapat dialihkan atau diganggu tanpa mempengaruhi atau merubah keseluruhannya. Ini kerana, di antara kejadian-kejadian tersebut, terdapat hubungan sebab dan akibat yang sangat kuat. dengan itu, pengarah seharusnya memikirkan sesuatu yang logic difikirkan sekiranya mengubah sesuatu jalan penceritaan. beliau menyatakan :
sebuah plot atau jalur cerita yang dipersatukan memusatkan diri pada suatu urutan laku yang berkesinambungan, di mana satu kejadian membawa kita ke kejadian lain secara wajar dan logis.
Richard. A. Blum (2001:42) menambah kenyataan ini dengan menyatakan bahawa dalam proses menulis sesuatu penceritaan, plot-plot tertentu dapat dikenalpasti. Plot-plot ini sebahagian besarnya akan mempengaruhi latarbelakang cerita yang dibuat :
In the process of writing story, certain plot patterns become identifiable. One generallty is dominant, whereas others serve as background or subplot in the evolution of the script. It’s helpful to keep track of your main plot and subplot this way, but remember this is just a general conceptual tool meant to be explored. Your script may involve several overlapping patterns, or none of them.
Selain daripada itu, setiap kejadian atau sesuatu peristiwa akan terbit daripada plot itu sendiri. Plot yang mempunyai kesatuan dan mantap disusun tidak akan menimbulkan sesuatu peristiwa yang akan muncul secara tiba-tiba ataupun kebetulan. Selian itu, konflik yang muncul di dalam sesuatu penceritaan juga haruslah selesai dengan unsur-unsur atau alat-alat yang terdapat di dalam sesuatu plot tersebut. ( Asrul Sani( Pent.) 1992 : 24). beliau menyatakan :
Dengan demikian, setiap kejadian tumbuh secara alamiah dari plot itu sendiri. Plot yang bersatu tidak memperkenalkan suatu peristiwa yang kebetulan atau aneh sebagai sesuatu yang jatuh dari langit, atau yang ditimbulkan oleh suatu kekuatan manusia super yang berkuasa dan meluncur entah dari mana untuk menyelamatkan segala.
Kesatuan plot seperti yang dikemukakan itu adalah sebuah pensyaratan umum yang perlu dipatuhi dalam membuat sesuatu penceritaan filem. Filem yang memusatkan diri pada penggambaran suatu tokoh tunggal yang unik, kesatuan lakonan dan hubungan sebab dan akibat antara kejadian-kejadian tidaklah begitu penting diambilkira.
Selain itu, Plot-plot seperti itu juga kebiasaannya akan bersifat berepisod. Ini kerana kesatuan dalam filem-filem seperti itu datangnya daripada sumbangan setiap kejadian pada pemahaman kita tentang tokoh yang sedang dikembangkan dan bukannya disebabkan saling hubungan antara kejadian-kejadian di dalam filem. . ( Asrul Sani( Pent.) 1992 : 25).
Menurut Asraf et al. ( 2002 : 81), plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Plot juga mungkin disusun secara kronologi atau tidak mengikut kronologi. Di dalam plot, terdapat binaan plot dan juga teknik plot. Binaan plot adalah terdiri daripada bahagian eksposisi atau pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.
Pertengahan
(Konflik berlaku semakin rumit
sehingga klimaks)
Eksposisi/Pengenalan
(bahagian memperkenalkan watak-watak,
latar dan konflik wujud antara watak
dengan diri, orang lain atau persekitaran)
Pengakhiran
(Peleraian Selepas Klimaks)
Rajah 1 : Gambarajah Binaan Plot
Ekposisi merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan konflik atau pertentangan yang wujud sama ada antara watak dengan dirinya sendiri, watak dengan watak lain, atau watak dengan persekitaran. Manakala dalam bahagian pertengahan, konflik yang berlaku menjadi semakin rumit dan kerumitan itu menuju ke suatu tahap yang dinamakan klimaks atau puncak cerita. Pada tahap klimaks jugalah satu-satu konflik itu akan menemukan penyelesaian. Selepas klimaks pula, cerita akan bergerak menuju ke bahagian pengakhiran atau peleraian.
Menurut Asraf et al. ( 2002 : 81, 82) teknik plot ialah cara bagaimana pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya kelihatan menarik. Antara teknik plot termasuklah teknik imbas kembali, imbas muka, saspens, Konflik, Kejutan, dialog, monolog dan juga monolog dalaman.
2.1.1.1 Imbas Kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Sesuatu peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.
2.1.1.2 Imbas Muka
Imbas muka pula merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan di kalangan pembaca terhadap sesuatu yang berlaku.
2.1.1.3 Saspens / Ketegangan
Saspens atau ketegangan pula ialah peristiwa dalam sesuatu penceritaan yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca ataupun audiens tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Seseorang pembuat filem kebiasaannya akan mempergunakan bermacam-macam cara dan teknik bagi memperolehi filem yang menarik. Asrul Sani (Pent., 1992) menyatakan bahawa unsur-unsur ketegangan di dalam sesuatu filem akan membuatkan filem tersebut lebih menarik.
Menurut Asraf et al. ( 2002 : 81, 82) Saspens adalah salah satu teknik plot supaya pengarang dapat mengembangkan plot ceritanya dan kelihatan menarik. menurut belaiau saspens adalah sesuatu visual yang ditunggu-tunggu dan menimbulkan keadaan tertanya-tanya dan juga perasaan ingin tahu audiens. Menurut beliau :
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam sesuatu penceritaan yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca ataupun audiens tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Ini kerana dengan unsur ketegangan yang ada di dalam filem akan membuatkan audiens mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi untuk terus melihat apakah jalan cerita yang seterusnya yang kemungkinan terjadi, adakah memenuhi tanggapan awal mereka ataupun sebaliknya yang akan terjadi.
Unsur-unsur ini menciptakan suatu keadaan dimana perhatian menjadi lebih tinggi dengan jalan mengunggah rasa ingin tahu kita, biasanya dengan jalan menyinggung kemungkinan apa yang terjadi tanpa mengungkapkannya sama sekali. Dengan jalan menahan sejumlah informasi yang dapat memberikan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan dramatik yang ditimbulkan oleh cerita dan dengan jalan membiarkan pertanyaan yang tak dijawab mengambang jauh dari jangkauan kita…seorang pembuat filem menciptakan suatu dorongan yang membuat kita secara terus menerus mengikuti arus jalan cerita.
2.1.1.4 Konflik
Konflik pula merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam persekitaran. Konflik juga dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran
2.1.1.5 Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca ataupun audiens. Lazimnya kesan yag timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
2.1.1.6 Dialog
Dialog pula merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
2.1.1.7 Monolog
Monolog merupakan pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau meluahkan perasaaan. Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan dan sebagainya
2.1.1.8 Monolog Dalaman
Monolog dalaman merupakan kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin, dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
Setiap penceritaan yang berjaya juga samada naratif ataupun dramatik di dalam filem, seharusnya mengikuti struktur yang ditunjukkan dalam rajah 1. Sesetengah penulis contohnya seperti di Hollywood menghuraikan skrip penceritaan mereka berdasarkan struktur gambarajah ini iaitu berdasarkan tiga peringkat. Struktur ini juga digunapakai dalam penceritaan drama yang dipersembahkan secara langsung kepada audiens. (Fossard et. al, 2005 : 84).
Conflict Climax
Resolution
Introduction Conclusion
Rajah 2 : Struktur Penceritaaan filem dan drama
Seperti yang kita ketahui, untuk membuahkan sesuatu idea penceritaan ianya tentulah melalui banyak sumber yang dipersatukan bagi membentuk sesuatu jalan penceritaan yang menarik. pada kebiasaannya sesuatu idea penceritaaan itu biasanya dibuat berasaskan daripada pengalaman peribadi, perhubungan, pemerhatian, muzik, filem ataupun artikel yang menarik minat seseorang. Ianya adalah daripada sumber-sumber yang boleh mengembangkan lagi imaginasi seseorang yang membuat sesuatu penceritaan terutamanya penceritaan di dalam filem.
Walaubagaimanapun, lingkungan penceritaan ataupun story area sesuatu penceritaan mestilah mampu untuk berdiri sendiri dengan asas jalan penceritaannya. Ini kerana apabila penceritaan tersebut kelihatan mantap, ianya mempunyai potensi yang sangat baik untuk ditayangkan dan dipasarkan. Pernyataan ini ditegaskan lagi oleh Richard A. Blum (2001) bahawa :
The story area need a hook-a unique premise that will set apart and grip the audience. If the hook is strong, then the story will have marketing appeal and a much better chance of eventually reaching the screen.
Menurut Asrul Sani( Pent., 1992).sesebuah cerita yang menarik ialah cerita yang logik ataupun boleh diterima akal. Menurutnya, supaya kita betul-betul terlibat dalam sesebuah penceritaan, penonton harus yakin bahawa cerita itu adalah benar. Beliau telah membahagikan kebenaran ini kepada tiga kategori iaitu yang pertama ialah kebenaran yang lahir secara lahiriah dan dapat dilihat. Kategori yang kedua pula ialah kebenaran batin dari sifat manusia. Manakala kategori yang ketiga ialah kemiripan artistik dari kebenaran.
Ini disokong oleh Paul Lucey (1996:296) bahawa penonton akan bersetuju sesuatu penceritaan yang boleh diterima akal atau logik diterima akal. Walaubagaimanapun, penonton sebenarnya kurang menerima sesuatu cerita yang menyentuh sesuatu sensitiviti tertentu. Beliau menyatakan sebabnya yang tersendiri dalam hal ini.
Audience s will accept a giant leap in logic stories that are fanciful, but they are less tolerant towards realistics stories that abuse common sense. This problem, quite fixable, occurs because the writer is so close to the material that illogic and sappiness are not noticed.
2.1.2 Cerita Menarik Diterima Akal
Sesuatu penceritaan yang menarik ialah penonton dapat mengakui bahawa apa yang ditayangkan dan dipertontonkan itu adalah logik dan boleh diterima dengan akal yang waras.
2.1.2.1 Kebenaran Yang Dapat Dilihat
Kebenaran yang lahir secara lahiriah dan dapat dilihat menurut Asrul Sani (Pent., 1992) dalam sesebuah penceritaan filem adalah sebuah cerita yang menyerupai realiti sebenar kehidupan manusia dan disampaikan melalui pengolahan filem dengan kesan-kesan khas tertentu. Beliau yakin dengan kenyataan bahawa :
Ragam kebenaran dalam sebuah cerita filem yang paling mencolok dan paling umum adalah kemiripan hidup sebagai yang kita alami atau kita mati yang disampaikan dalam sebuah pengolahan yang realistik dan naturalistik. Dalam kata-kata Aristotales ada cerita-cerita yang mungkin terjadi dan memiliki kemungkinan untuk terjadi sesuai dengan hukum-hukum kemungkinan dan keharusan.
2.1.2.2 Kebenaran Batin Dari Sifat Manusia
Kebenaran batin dari sifat manusia pula didefinisikan Asrul Sani (Pent., 1992 )
sebagai konsep idea yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas buruk.
Beberapa filem besar yang digolongkan pada filem-filem klasik, samasekali tidak berusaha untuk menyajikan aktualitas kehidupan sebenarnya sebaliknya mereka mengkhususkan diri dalam cerita dongeng atau akhir yang bahagia seeterusnya. Dalam filem-filem ini orang-orang baik selalu menang dan orang-orang jahat selalu kalah.
Konsep keadilan bahawa kebaikan selalunya mendapat balasan baik dan kejahatan selalunya mendapat balasan jahat adalah merupakan contoh kebenaran batin yang dinyatakan. Ini kerana naluri manusia sememangnya menginginkan konsep sedemikian di dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, maka banyak penceritaan yang difilemkan boleh diterima penonton kerana ianya sesuai dengan konsep kebenaran batin yang dinyatakan. Beliau menguatkan lagi hujahannya dengan menyatakan bahawa :
Konsep keadilan puitis-idea bahawa kebaikan selalu mendapat imbalan sedangkan kejahatan selalu mendapat hukuman merupakan contoh dari kebenaran batin itu. kerana adalah manusia untuk menginginkan supaya itu benar , maka kita jarang mempertanyakan penggunaan keadilan puitik dalam sebuah cerita. Demikianlah maka banyak cerita yang menjadi masuk akal kerana mereka sesuai dengan suatu kebenaran batin, biarpun mereka hampir-hampir tidak memiliki kemiripan dengan kebenaran-kebenaran lahiriah yang dapat disaksikan.
2.1.2.3 Kemiripan Artistik Dari Kebenaran
Seseorang pengarah akan dianggap mempunyai kredibiliti yang tinggi sekiranya dapat membimbing penontonnya keluar daripada dunia realiti dan membawanya ke alam imaginasi.
Ini kerana seseorang pembikin filem tersebut dapat membuatkan faktor –faktor lain berfungsi menjadikan sesuatu yang tidak masuk akal menjadi sesuatu yang boleh dipercayai penonton. Seseorang pembuat filem itu seharusnya kreatif dalam meningkatkan mutu sesebuah filem dan menjadikannya suatu filem yang seolah-olah kelihatan benar walaupun ia hanyalah suatu cerita yang direkanya,
Faktor lain yang berfungsi dalam menjadikan sesuatu yang tidak masuk akal menjadi sesuatu yang dapat dipercayai, adalah keterampilan seorang pembuat filem untuk membimbing penontonnya keluar dari dunia nyata dan membawanya masuk ke dalam dunia imaginer ceritanya. Jika berhadapan dengan materi yang tidak masuk akal dengan tokoh-tokoh dan peristiwa yang tak terjangkau oleh akal, maka seorang pembuat filem harus membangun filem itu.
2.1.2 Cerita Menarik Mampu Menarik Perhatian Audiens
Asrul Sani (Pent., 1992) menyatakan bahawa sesebuah cerita yang menarik adalah suatu cerita yang mampu menarik perhatian penonton. Cerita yang menarik ini boleh dipraktikkan dengan pelbagai cara dan keunikan tersendiri boleh diwujudkan berbanding filem-filem yang pernah ditonton audien. Beliau berpendapat bahawa :
Sebuah pensyaratan yang sangat penting yang dituntut pada sebuah cerita yang bagus, ialah bahawa cerita itu harus mampu mengikat dan mengungkung perhatian kita. Tentu saja sebuah cerita bisa menarik dengan berbagai cara. Hanya sedikit jika toh ada cerita yang memiliki daya tarik yang sama pada semua penonton filem
2.1.3 Action
Asrul Sani (Pent., 1992) menyatakan sesebuah cerita yang menarik juga memerlukan beberapa action ataupun gerak. Ini kerana sesebuah cerita tidak pernah bersifat static kerana suatu bentuk perubahan pergerakan ataupun action diperlukan bagi setiap cerita yang pantas untuk diceritakan. Walaubagaimanapun, action tidak hanya terbatas pada pergerakan fizikal sahaja seperti pergaduhan, perkelahian, pengejaran, peperangan , pertempuran dan sebagainya . Menurut Asrul, ia juga akan bersifat Batiniah, psikologi dan juga emosional.
Selain daripada itu juga, cerita-cerita action Batiniah memerlukan perhatian yang lebih besar daripada penonton. Ini kerana ceita-cerita seperti ini tidak mudah diolah secara sinematik. Selain itu ia juga mempunyai tarikan yang sama sepeti filem-filem yang menitikberatkan action fizikal dan juga action lahiriah. Ini dinyatakan oleh . beliau dengan alasan bahawa :
Cerita-cerita action batiniah menuntut perhatian yang lebih besar daripada penonton. Dan cerita-cerita ini tidak begitu mudah untuk dioleh secara sinematik. Tapi mereka adalah subjek-subjek yang baik untuk filem dan dengan cara mereka dapat sama menarik dan menggetarkan seperti filem-filem yang menitik beratkan action fizik dan action lahiriah.
2.1.4 Cerita Yang Baik Bersahaja Serta Kompleks
Menurut .Asrul Sani (Pent.,1992 ) bahawa sesebuah cerita filem yang baik seharusnya cukup bersahaja sehingga ia dapat dipersatukan dan diutarakan dengan padat secara sinematik dalam batas-batas media tersebut.
Selain itu, sesebuah cerita filem seharusnya tidak melebihi dua jam kerana sekiranya batas ini dilampaui hanya filem-filem tertentu sahaja yang dapat menghindarkan audiens daripada hilang perhatian dan rasa gelisah. Oleh yang demikian, action ataupun tema sesebuah cerita seharusnya dapat diperas secara efektif menjadi sebuah struktur drama yang bersatu serta pengungkapannya hanya memerlukan masa dua jam sahaja. Beliau yakin bahawa:
Umumnya sebuah tema yang terbatas dan bersahaja, seperti yang kita temui dalam marty, yang memfokuskan diri pada satu tokoh dalam batasan satu masa, lebih cocok untuk filem dibandingkan tema yang mengantero dunia, tak dibatasi zaman dan bersifat umum seperti yang oleh Griffith dicoba untuk diolah dalam filem intolerance. Jadi , sebuah cerita harus cukup bersahaja sehingga dapat diceritakan dalam batas waktu yang disediakan bagi pengungkapannya. Tapi biarpun dalam batas-batas ini sebuah cerita yang baik jua harus memiliki kompleksitas, setidak-tidaknya dalam ukuran yang memadai untuk mempertahankan perhatian kita buat keseluruhann filem itu.
Kenyataan ini disokong oleh Paul lucey (1996 : 298) bahawa penonton akan hilang tumpuan sekiranya penceritaan tersebut mengandungi banyak watak dan juga subplot . ini kerana penonton sentiasa akan peka terhadap setiap struktur jalan penceritaan sesebuah filem tersebut. Beliau memberikan alas an bahawa,
Audiens can lose the thread of the story when the plot contains too many characters, subplot, and twists. This is doubly damaging when playing time is squandered on setting up the plot instead of developing the characters. The fix here hinges on the advice that audiens care about what happens in the story when they care about what happens to the characters. Also, audiens have seen most movie plots in one way or another, so that despite disguises and new setting, they are at least vaguely familiar with most story situations.
Umumnya, sebuah tema yang terbatas yang memfokuskan diri pada satu tokoh dalam batasan satu masa lebih sesuai jika dibandingkan tema yang mengantero dunia dan tidak dibatasi zaman serta bersifat umum . walaubagaimanapun, tema sememangnya penting untuk mengenalpasti sesuatu plot berdasarkan journe, tema dan juga jenis plot yang wujud. Ini kerana tema sangat penting untuk menentukan watak protagonist dan juga watak antagonis bagi mewujudkan konflik dan juga maklum balas daripada audiens. (Richard A. Blum, 2001: 41). Beliau berpendapat bahawa :
You can identify the plot according to genre, theme, and plot patterns. Theme is important to set the protagonists and antagonists in recognizable conflicts and to establish action for audiences, such as redemption of a character. But if the situation and dialogue are too heavy, then it becomes melodrama, which will stick out like a sore thumb
Selain itu, untuk membuatkan sesebuah cerita tersebut pantas untuk diceritakan, plot yang kompleks adalah diperlukan. Walaubagaimanapun, biarpun sesebuah cerita yang baik mempunyai tanda-tanda yang membayangkan kepada akhir cerita tersebut, ia juga seharusnya mampu menimbulkan rasa takjub terhadap audiens dan juga perkara-perkara yang tidak disangka-sangka.
Dengan kata lain setidak-tidaknya tanda-tanda itu harus boleh menghalang penonton supaya tidak akan meramalkan filem tersebut di pertengahan cerita. Maka, seseuatu cerita yang baik kebiasaannya menyembunyikan kesimpulan atau pengertian sehingga ke pengakhiran cerita. ( Asrul Sani( Pent.) 1992).
2.1.5 Cerita Menarik Menahan Diri Mengolah Materi Emosional
Menurut Asrul Sani (Pent., 1992), sesebuah cerita yang menarik ialah cerita yang dapat mengolah emosi audiens dengan cara yang bersungguh-sungguh dan juga jujur. Dalam hamper setiap cerita kita akan dapat menemui unsur-unsur arau kesan emosi yang sangat kuat.
Sepertimana yang kita tahu sesebuah filem dapat memanipulasikan emosi kita dengan pelbagai teknik dan pelbagai cara. Namun begitu Asrul menyatakan memanipulasikan emosi audiens seharusnya dilakukan secara jujur dan sesuai dengan cerita tersebut. Ini dihujahkan lagi oleh beliau dengan menyatakan:
Sebuah cerita yang baik mengolah materi emosional dengan cara yang bersungguh-sungguh dan jujur. Dalam hamper setiap cerita kita dapat menemui unsure atau efek emosional yang kuat. Dan sebuah filem dapat memanipulasikan emosi-emosi kita dengan berbagai jalan. Tapi memanipulasikan emosi ini harus dilakukan dengan jujur dan sesuai dengan cerita yang ditampilkan di layer putih
2.1.6 Wasiat Luqman Al-Hakim
Ayat-ayat yang terdapat di dalamnya nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya adalah di dalam ayat 13 hingga ke 19 Surah Luqman. Surah Luqman adalah surah yang ke-31 dalam susunan surah-surah Al-Quran. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
Ayat 13 dalam Surah Luqman membawa maksud wasiat supaya manusia tidak sekali-kali mempersekutukan tuhan yang esa, dalam pengertian ruminya ialah, dan ketika berkata Luqman kepada puteranya, sedang dia menasihatinya : wahai anakku! Jangan sekali-kali engkau mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya mempersekutukan Tuhan itu adalah suatu penganiayaan yang besar. Sesungguhnya orang yang mulia itu sebenarnya tidak akan mengingkari Penciptanya kecuali orang-orang yang kufur serta yang tidak ingin mengenali tuhannya. (Sidang Pengarang, 2008).
Menurut Ibnu Kathir (Sidang Pengarang, 2008), Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberi nasihat. Luqman juga adalah hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang sangat baik, malah mengasihi Allah sehingga Allah mengasihinya.
Beliau juga dianugerahkan kebijaksanan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya sentiasa berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik. Jika beliau berbicara dan berfikir ianya penuh kebijaksanaan dan begitu juga pergerakannya penuh dengan kebijaksanaan
Ayat 14 dalam Surah Luqman mewasiatkan supaya setiap anak hendaklah sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ayat 13 Surah Luqman bermaksud : Dan Kami( tuhan) mewasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan, dan dicerai susukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu-bapamu! Kepada akulah hanya tempat kembali
Dalam ayat 15 Surah Luqman mewasiatkan supaya umat manusia supaya tidak mengikuti seruan Syirik dan ingatlah bahawa manusia itu akan mati suatu hari nanti. Maksud ayat 15 ini ialah, dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan daku dengan apa yang engkau tiada ketahui, maka janganlah engkau turut mereka. Dan pergaulilah mereka di dunia secara baik. Dan turutlah jalan orang yang kembali KepadaKu. Kemudian kepada akulah tempat kamu sekalian akan kembali, maka akan aku beritahu kamu apa yang telah kamu kerjakan.
Ayat 16 Surah Luqman mewasiatkan dan mengingatkan manusia bahawa tiada yang tesembunyi daripada ilmu Allah kerana kebesaran kuasanya. Ayat 16 Surah Luqman bermaksud, wahai anakku! Sekiranya amalan itu seberat biji sawi sekalipun, kemudian ia disembunyikan di dalam batu, ataupun di petala langit, ataupun di dalam bumi, nescaya akan didedahkan oleh Allah, sesungguhnya Allah maha teliti dan maha mengetahui.
Dalam ayat 16 Surah Luqman terdapat wasiat yang diwasiatkan Luqman kepada anaknya iaitu hendaklah mendirikan sembahyang. Ayat 17 ini membawa maksud, wahai anakku! dirikanlah sembahyang, serulah mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan yang jahat, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang berat tanggungannya.
Manakala dalam ayat 18 Surah Luqman Luqman mewasiatkan supaya tidak bersikap suka menyombong diri. Ayat 18 ini bermaksud, dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari manusia lantaran sombong, dan janganlah engkau berjalan di bumi penuh angkuh, sesungguhnya Allah tiada suka orang yang sombong, lagi angkuh ( membanggakan diri )
Dalam ayat 19 Surah Luqman pula menasihatkan supaya sentiasa bersederhana dalam perjalanan dan merendahkan nada suaranya. Ayat ini bermaksud, Dan sederhanalah dalam perjalananmu itu, dan rendahkanlah suaramu itu, sesungguhnya suara yang amat buruk itu ialah suara keldai. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
2.1.7 Kesimpulan
Berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian ataupun maklumat yang lepas, pengkaji mendapati bahawa aspek wasiat Luqman Al-Hakim ini begitu penting untuk dikaji dan seharusnya digunakan dan diaplikasikan dalam penghasilan sesebuah filem.
Menurut Joseph m. Boggs dalam buku “ Cara Menilai Sebuah Film (The art of watching film) yang diterjemahakan Drs. Asrul Sani, filem adalah sama dengan media artistik lain sebagai bentuk kesenian kerana ia memiliki sifat-sifat dasar dari media lain tersebut yang terjalin dalam susunan yang beragam. Seperti seni lukis dan seni pahat, filem juga mempergunakan garis, susunan, warna, bentuk, bunyi dan massa dan kesemua ini saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Seperti juga drama, filem juga melakukan komunikasi verbal melalui dialog. Begitu juga seperti muzik dan puisi, filem juga mempergunakan irama yang kompleks dan halus dan ia berkomunikasi melalui citra, metafora dan lambang-lambang yang menjadi sebuah cerita yang menarik. ( Joseph M. Boggs, 1992).
Menurut beliau lagi, filem berbeza daripada novel dan sajak kerana filem tidak berkomunikasi melalui lambang-lambang abstrak yang dicetak di atas halaman kertas sehingga memerlukan suatu penterjemahan oleh otak ke pelukisan visual dan suara tetapi terus melalui gambar-gambar visual dan suara yang nyata dan menjadi suatu penceritaan.
Oleh yang demikian, penceritaan dan kandungan di dalam sesuatu filem haruslah dipenuhi dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya media komunikasi ini bukanlah sekadar hiburan semata-mata tetapi ianya menjadi suatu medium pendidikan yang berkesan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini menyatakan tentang beberapa metadologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan untuk memastikan pengkaji dapat mengumpul data yang diperlukan bagi mendapat jawapan kajian. Metodologi kajian yang dipilih juga hendaklah bersesuaian begi memastikan pengkaji memperolehi jawapan yang sebenarnya ingin diperolehi dan bersesuaian bagi penyelidikan ini.
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif. Selain daripada itu juga, bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan dan bersesuaian dengan kajian yang dilakukan, pengkaji akan memilih orang yang bersesuaian dan berkaitan bagi menjadi responden dan memperolehi pendapat mereka.
3.1 Metodologi Kajian
Untuk mencapai tujuan penyelidikan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan diaplikasikan terhadap keseluruhan kajian ini. Kaedah ini memerlukan banyak pembacaan dan pemahaman mengenai konsep penceritaan di dalam filem dan juga konsep Wasiat Luqman Al-Hakim.
Pengkaji mengaplikasikan kajian-kajian terdahulu mengenai konsep penceritaan di dalam filem sebagai panduan kajian ini. Selain daripada itu, huraian mengenai kajian terdahulu mengenai wasiat Luqman Al-Hakim juga turut dikaji untuk kajian ini. Pengkaji juga akan membahagikan dan menghuraikan wasiat-wasiat Luqman Al-Hakim ini kepada sepuluh bahagian mengikut sepuluh wasiat utama Luqman Al-Hakim.
Dengan kaedah kualitatif ini, ia memerlukan banyak proses penganalisaan dan mengenai kedua-dua konsep ini bagi mencapai tujuan kajian yang dilakukan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih ‘content analysis’ sebagai rekabentuk kajian. Content analysis adalah satu kajian yang mana menganalisis secara terperinci mengenai tajuk yang tertentu dan hanya mengambil kumpulan kecil dari aspek kajian secara sistematik.
3.3 Persampelan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih dan menentukan bahawa filem Si Tanggang adalah sebagai sample kajian. Persampelan yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan menonton dan menganalisis filem yang dikaji. Proses ini memerlukan pengkaji membuat penyelidikan dengan mengkaji, memerhati, meneliti, dan mencatat maklumat-maklumat penting bagi mencapai tujuan kajian ini.
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Seseorang penyelidik seharusnya faham bagaimana proses pengumpulan data tersebut dan bagaimana untuk menganalisisnya. Data yang diperolehi daripada analisis membantu penyelidik ke peringkat seterusnya dalam menjalankan kajian. Paul oliver ( 2004 ) mengutarakan pendapatnya bahawa :
The reader does not expect to be presented with actual data you have collected, but hopes to understand the process by which you have collected the data and then analysed it. The actual data analysis and the results which derive from that process are presented in the later chapters.
Penyelidik akan memilih prosedur atau teknik alat pengumpulan data yang sesuai bagi mencapai tujuan penyelidikan ini dengan mengumpulkan kesemua bahan-bahan tersebut.
Untuk mendapatkan jawapan bagi kajian ini, pengkaji akan mengumpulkan kesemua maklumat yang diperolehi dan seterusnya menganalisis kesemua maklumat tersebut. Proses pengumpulan data dan pentafsiran kajian dilakukan terlebih dahulu sebelum menganalisis kesemua maklumat yang diperolehi. Kaedah-kaedaah yang dijalankan adalah seperti berikut :
3.4.1 Pencarian Maklumat Di Perpustakaan
Dalam proses penyelidikan ini, pengkaji mengumpulkan segala maklumat yang diperolehi daripada buku-buku, majalah, journal, artikel, keratan-keratan akhbar dan kajian-kajian terdahulu yang diperolehi di perpustakaan. segala bahan-bahan dan maklumat yang diperolehi seterusnya akan dikumpul dan dianalisis untuk membantu penyelidikan yang dijalankan.
3.4. 2 Pencarian Maklumat Di Laman Web
Laman web yang berkaitan dengan penceritaan di dalam filem samada laman web yang dikeluarkan oleh laman web tempatan ataupun antarabangsa juga dikumpulkan oleh pengkaji bagi membantu proses penyelidikan ini. Laman web yang berkaitan dengan konsep wasiat Luqman Al-Hakim juga akan dianalisis bagi membantu penyelidikan ini.
3.4. 3 Oral History
Pengkaji juga akan memperolehi pendapat sebilangan orang yang akan ditentukan bagi memperolehi maklumat untuk tujuan kajian ini. Servay yang akan dilakukan ini adalah dengan bertanyakan orang ramai dan orang yang berkaitan serta faham mengenai konsep penceritaan di dalam filem dan konsep Wasiat Luqman Al-Hakim.
3.4.4 Perbincangan
Untuk melengkapkan lagi proses penyelidikan ini, pengkaji juga akan sentiasa berbincang bersama penyelia bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang sepatutnya dicari atau sebaliknya. Perbincangan bersama pensyarah dan juga rakan-rakan turut akan dilakukan.
3.5 Kesimpulan
Kaedah kajian amatlah penting dikenalpasti bagi mencapai tujuan yang ingin diperolehi. Ini kerana dengan kaedah kajian yang dilakukan akan membantu bagi memperolehi jawapan yang tepat dan menyelesaikan persoalan kajian yang dibuat.
Kaedah penganalisisan isi kandungan filem Si Tanggang dan kandungan Wasiat Luqman Al-Hakim serta pengumpulan data dan maklumat dilakukan untuk menjalankan kajian ilmiah ini. Segala kaedah yang digunakan ini akan disesuaikan dengan sistematik kerana ia amat penting bagi mendapatkan hasil kajian yang dikehendaki.
BAB 4
HASIL KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai hasil kajian daripada persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik dan ianya diperolehi daripada pelbagai sumber serta melibatkan interpretasi dan pendapat penyelidik tersendiri.
Hasil kajian ini juga adalah bagi mencapai objektif kajian yang dinyatakan di dalam bab sebelum ini. Hasil kajian ini hanyalah berdasarkan skop kajian yang telah dinyatakan yang mana terhad berdasarkan skop kajian dan tidak melibatkan aspek-aspek yang lain.
4.1 Analisa Makna penceritaan
Seperti yang telah dinyatakan penyelidik di dalam bab sebelum ini terdapat pelbagai makna penceritaan di dalam filem yang dikeluarkan oleh para sarjana dan pengkaji filem di Malaysia dan begitu juga di peringkat antarabangsa.
Secara ringkasnya penceritaan di dalam filem membawa maksud susunan plot visual yang disusun mengikut naratif penceritaan ataupun menggunakan pelbagai teknik dan ianya menjadi rentetan kejadian di dalam sesuatu filem. Susunan plot-plot dan subplot ini disusun mengikut citarasa pengarah bagi menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan di dalam sesuatu filem. Teknik persembahan dan suntingan membantu untuk mempersembahkan sesuatu cerita tersebut. Penceritaan juga sebenarnya melibatkan hubungan sebab dan akibat yang melibatkan ruang dan masa.
Cerita membawa maksud sesuatu kisah atau riwayat mengenai sesuatu peristiwa mahupun kejadian yang benar-benar berlaku sama ada ianya dilakonkan ataupun ianya berada dalam keadaan sebenar. Penceritaan di dalam filem juga membawa maksud perihal menceritakan sesuatu peristiwa ataupun sesuatu kejadian.
Menurut Norman Yusoff (2008), terdapat dua cara penceritaan di dalam filem iatu Restricted Narration dan Omniscient Narration. Restricted Narration ialah yang hanya melibatkan satu atau dua orang sahaja. Kamera hanya memfokuskan kepada seorang character sahaja.
Omniscient Narration ( iaitu maha mengetahui ) ialah kamera akan memfokuskan dari satu watak kepada beberapa watak dan terdapat banyak maklumat pada watak-watak ini. Dengan kata lain watak-watak ini mempunyai maklumat naratif yang lebih.
Plot ialah kerangka dan urutan yang mengeratkan kisah atau cerita. Plot juga merupakan rekabentuk utama yang menimbulkan konflik. Selain itu, plot juga mempunyai pilihan dan susunan kejadian untuk mencapai kesan. Plot-plot ini akan menunjukkan perkembangan cerita yang tersusun untuk memenuhi tuntutan tertentu.
Terdapat beberapa fungsi plot iaitu menggerakkan cerita ke hadapan dengan berbagai pertelingkahan dan juga konflik. Selian itu plot juga memperkayakan perwatakan watak di dalam sesuatu jalan penceritaan. Plot juga berfungsi untuk memperjelaskan tema penceritaan dengan berbagai aksi dalam penceritaannya. Selain daripada itu juga, plot berfungsi untuk mencipta misteri dan suspense bagi menarik perhatian penonton.
Plot juga sebenarnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pengenalan suatu kejadian iaitu pada peringkat awal dan pendedahan (exposition) suatu penceritaan. Peringkat yang kedua pula ialah aksi cerita tersebut berubah iaitu titik penentangan yang merubah keadaan. Manakala peringkat yang ketiga ialah akhiran ataupun penamat iaitu kesudahan selepas kemuncak sesuatu penceritaan itu.
4.2 Analisa Penceritaan Dalam Filem Si Tanggang
Penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini adalah salah satu jenis penceritaan yang mengikut naratif penceritaan iaitu mengikut plot jalan cerita yang disebabkan oleh sebab dan akibat. Penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini juga adalah dalam kategori yang naratif kerana menunjukkan jalan penceritaan yang berturutan daripada peringkat kanak-kanak dan juga dewasa sehinggalah Tanggang mendapat balasannya dan menjadi seekor burung. Manakala isteri, anak kapalnya dan bahteranya telah menjadi batu.
Visual Durasi
Si Tanggang semasa kecil
00:01:40-00:09:10 (CD1)
Si Tanggang setelah dewasa
00:09:15 (CD1)-
55:42(CD2)
Si Tanggang mendapat balasan kerana menderhaka kepada ibunya
Kapal Si Tanggang tenggelam
Si Tanggang bertukar menjadi burung
Kapal Si Tanggang bertukar menjadi batu
50:43-55:42
(CD2)
Penceritaan di dalam filem ini juga mempunyai suara narattorya seolah-olah berkomunikasi secara terus bersama audiensnya. Selain itu juga ia dibantu oleh visual yang mudah diterima audiens tanpa perlu berfikir apa yang dilihat mereka. Cotohnya “severel Years later” iaitu beberapa tahun kemudian divisualkan juga di samping suara latar narrator. Jadual di bawah merupakan rentetan naratif penceritaan di dalam filem Si Tanggang :
Visual Durasi
Ibu Si Tanggang ( Dermai ) semasa muda
00:02:14-00:09:10 (CD1)
Beberapa tahun kemudian
00:09:10-00:09:15 (CD1)
Ibu Si Tanggang ( Dermai ) setelah beberapa tahun
00:09:15 (CD1)-55:42(CD2)
Jadual di bawah merupakan rentetan naratif penceritaan di dalam filem Si Tanggang
Penyelidik mendapati penceritaannya sememangnya seperti seseorang betul-betul bercerita di hadapan orang yang lain dan ianya berbeza dengan teknik pada zaman sekarang yang lebih cenderung memvisualkan penceritaan tersebut secara terus-menerus dan penonton perlu berfikir.
Walaupun filem itu mengkehendaki audiensnya supaya berfikir untuk menafsirkan sesuatu maksud visual yang disampaikan namun bagi sesuatu bentuk konsep hiburan, pengarah harus menunjukkan maksud yang ingin disampaikannya di dalam visual. Penonton sebenarnya adalah lebih suka menonton sesuatu penceritaan yang memvisualkan secara terus apa yang hendak disampaikan dan kebanyakan penonton tidak suka berfikir panjang tentang apa yang ditonton mereka. .Kenyataan ini juga disokong oleh Ida Nerina dan dinyatakan oleh Nurbaiti Hamdan (The star, 2008) :
Actress Ida Nerina said most viewers preferred easy-to-understand movies because they did not want to do much thinking
Sesuatu visual yang hendak disampaikan seharusnya patut menunjukkan sesuatu yang realistik dan boleh dipercayai. ini kerana ianya dapat memberi tunjuk ajar kepada penonton dan sekiranya terlalu banyak mesej yang tersirat akan membuatkan keseronokan penonton tergugat dalam menonton filem tersebut. Ini kerana penonton menerima dengan mudah sesuatu visual di dalam sesuatu filem. Contohnya seperti yang dikatakan Vanidah Imran dalam bahawa :
kita sering nampak sesuatu visual contohnya seorang watak menolak kepala seorang watak yang lain dan pononton akan tergelak kerana. Sedangkan masyarakat kita sedari kecil telahpun terdidik untuk menghormati kepala sejak dahulu lagi.
Perkara ini dianggap sesuatu kelucuan bagi pengarah dan menjadi ikutan seterusnya menjadi budaya sedikit sebanyak dalam masyarakat. Pengeruh yang disebarkan oleh filem ini seharusnya digantikan dengan pengajaran secara visual dalam masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak.
Dari segi sikologinya, penonton akan menonton sesuatu filem dengan alasan untuk hiburan dan ingin melepaskan diri daripada kerumitan berfikir yang dilakukan seharian. Filem juga adalah medium komunikasi dan pendidikan yang mudah, cepat dan berkesan kerana ianya menunjukkan visual yang mudah diingati. Ini kerana, cara paling berkesan untuk belajar dan mengingati sesuatu adalah dengan kaedah melihat, mendengar dan mengulang sebanyak mungkin perkara yang kita ingat, dengar dan lihat tersebut. Kedua-dua konsep ini seharusnya ada di dalam sesuatu filem.
Dewasa ini kita sering mendengar nyanyian lagu-lagu P.Ramlle tidak kira di mana sahaja umpamanya seperti nyanyian karaoke dan sebagainya. Ini kerana lagu-lagu P. Ramlle ini menjadi nostalgia buat mereka kerana ianya disebarkan melalui filem-filem yang ditonton mereka. apabila menyanyikan lagu atau menonton filem tersebut semula ia akan mengimbau kembali kenangan dan peristiwa yang mereka lalui pada ketika itu.
Audiens akan menyelami penceritaan di dalam filem tersebut selain peristiwa yang mereka lalui pada masa itu. Kita juga dapat melihat bagaimana kanak-kanak meniru apa yang mereka dengar dan lihat di dalam filem-filem dan kes-kes yang melibatkan masalah sosial disebabkan pengaruh ini sememangnya tidak dapat dinafikan.
Menguatkan lagi pernyataan ini bahawa sesuatu maksud yang ingin disampaikan di dalam filem seharusnya divisualkan supaya audience akan nampak lebih jelas maksud yang ingin disampaikan. Namun begitu, konsep penontonan yang memerlukan penonton berfikir mengenai visual yang disampaikan, juga amatlah penting. Kenyataan ini juga dipersetujui Hans Isaac dengan menyatakan
Filem sebenarnya menyampaikan sesuatu mesej kepada audiens dan audiens perlu memikirkan apakah mesej yang sebenarnya ingin disampaikan oleh seseorang pengarah tersebut
Walaubagaimanapun, aspek-aspek yang lain juga harus diambilkira kerana menurutnya, apabila kita memeberitahu sesuatu isu secara terus kepada audience sudah semestinya audiens tidak dapat menerima visual tesebut seratus peratus dengan terbuka. Oleh itu hendaklah dengan pendekatan yang lain seperti journe komedi, seram dan sebagainya bagi menyembunyikan mesej di sebalik apa yang hendak disampaikan pengarah. Dengan kata lain, mesej yang disampaikan perlu diselitkan dengan nilai-nilai komersial dan juga elemen-elemen hiburan.
Secara keseluruhannya, penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini sebenarnya menunjukkan dengan jelas kepada audience bahawa sesuatu tindakan tersebut yang tidak mengikut undang-undang yang sepatutnya akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.
4.3 Analisa Luqman Al-Hakim
Sebelum pergi lebih jauh mengenai wasiat Luqman Al-hakim ini, terdapat pendapat-pendapat yang dikeluarkan mengenai identitinya. Menurut Syed Ahmad Semait (1991 :5) bahawa para salaf adalah tidak sepakat tentang diri beliau. Ada yang mengatakan Luqman Al-Hakim adalah seorang nabi dan ada pula yang mengatakan beliau adalah seorang salih. Ibnu Abbas mengatakan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang hamba Habsyi.
Ada pula yang mengatakan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang yang bertubuh pendek, berhidung mancung dan berasal dari negeri Nubah. Selain itu ada pula yang mengatakan dia adalah seorang yang datang dari Negeri Sudan yang berhampiran dengan negeri Mesir dan terdapat lagi versi yang lain. Walaupun begitu, mereka kesemuanya telahpun sepakat mengatakan bahawa belaiau adalah seorang pendita yang mempunyai kata-kata yang penuh hikmat dan kebijaksanaan.
Allah telah memberikannya penghormatan yang tinggi kerana sifatnya yang mulia dan menamakan sebuah surah dari Al-Quran dengan namanya. Di dalam surah Luqman ini Allah mengabadikan mutiara daripada nasiahat-nasihat Luqman untuk tatapan kaum muslimin. Nasihat-nasihat ini dapat dijadikan panduan di dalam kehidupan kerana walaupun datangnya daripada lisan Luqman, tetapi sebenarnya merupakan firman-firman Allah yang telah diletakkan ke atas lisan Luqman Al-Hakim yang kemudiannya disampaikan pula kepada putera-puteranya.
Meskipun pekerjaannya hanyalah sebagai tukang kayu, akan tetapi Allah ta’ala telah mengurniakan baginya kebijaksanaan dan pemikiran yang cerdas sehingga segala kata-kata yang tercetus daripada lisannya mengandungi mutiara hikmat dan kebijaksanaan yang seterusnya menjadi manfaat kepada manusia.
Luqman Al-Hakim adalah tokoh yang terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang menyentuh jiwa dan menjadi pedoman buat manusia. nama beliau turut disebut dalam Al-Quran sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan hikmah. tidak banyak maklumat jelas mengenai insane bernama Luqman Al-hakim ini, tetapi kebanyakan pendapat ilmuan Islam menerima status beliau sebagai cendikiawan dan hidup pada zaman Nabi Daud as.
Latar belakang dan cirri fizikal beliau juga tidak dapat diperincikan, tetapi kebanyakan pendapat menerima beliau sebagai keturunan habsyi berkulit hitam, bibir tebal, kedua-dua kakinya terbuka luas dan bekas hamba yang dimerdekakan. Namun yang paling diingati mengenai beliau adalah kebijaksanaannya serta kata-kata hikmahnya yang menjadi pedoman hidup menusia hingga ke akhir zaman. (Sidang Pengarang, 2008)
4.4 Sepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim
Nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya terdapat di dalam Al-Quran daripada ayat 13 hingga ke 19 Surah Luqman. Surah Luqman adalah surah yang ke-31 dalam susunan surah-surah Al-Quran. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
• • • • • •• • • • • •
Dan ketika berkata Luqman kepada puteranya, sedang dia menasihatinya : wahai anakku! Jangan sekali-kali engkau mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya mempersekutukan tuhan itu adalah suatu penganiayaan yang besar(13). Dan Kami( Tuhan) mewasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan, dan dicerai-susukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu-bapamu! Kepada akulah hanya tempat kembali (14). Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Daku dengan apa yang engkau tiada ketahui, maka janganlah engkau turut mereka. Dan pergaulilah mereka di dunia secara baik. Dan turutlah jalan orang yang kembali KepadaKu. Kemudian kepada Akulah tempat kamu sekalian akan kembali, maka akan aku beritahu kamu apa yang telah kamu kerjakan.(15). Wahai anakku! Sekiranya amalan itu seberat biji sawi sekalipun, kemudian ia disembunyikan di dalam batu, ataupun di petala langit, ataupun di dalam bumi, nescaya akan didedahkan oleh Allah, sesungguhnya Allah maha teliti dan maha mengetahui.(16). Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang, serulah mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan yang jahat, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang berat tanggungannya.(17). Dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari manusia lantaran sombong, dan janganlah engkau berjalan di bumi penuh angkuh, sesungguhnya Allah tiada suka orang yang sombong, lagi angkuh ( membanggakan diri )(18). Dan sederhanalah dalam perjalananmu itu, dan rendahkanlah suaramu itu, sesungguhnya suara yang amat buruk itu ialah suara keldai. (19)
( Syed Ahmad Semait, 1991 : 7, 8,9)
Ayat 13 dalam Surah Luqman mewasiatkan supaya manusia tidak sekali-kali mempersekutukan tuhan yang esa, manakala ayat 14 pula mewasiatkan supaya setiap anak hendaklah sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ayat yang ke 15 pula mewasiatkan supaya umat manusia tidak mengikuti seruan Syirik dan hendaklah sentiasa ingat bahawa manusia itu akan mati pada suatu hari nanti. Ayat 16 Surah Luqman pula mewasiatkan dan mengingatkan manusia sesungguhnyaa tidak ada yang tesembunyi daripada ilmu Allah.
Ayat 17 dalam Surah Luqman mewasiatkan supaya manusia hendaklah mendirikan sembahyang. Manakala ayat yang ke 18 pula mewasiatkan supaya manusia tidak bersikap sombong dan bermegah-megah. Dalam ayat 19 pula Luqman Al-Hakim menasihatkan supaya manusia sentiasa bersederhana dalam perjalanannya dan merendahkan nada suaranya. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
Pengkaji akan menghuraikan nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim ini di dalam penceritaan Si Tanggang mengikut sepuluh pembahagian utama wasiat-wasiat Luqman Al-Hakim ini. Pengkaji telah memilih kaedah yang digunakan oleh Syed Ahmad Semait yang membahagikan wasiat Luqman Al-Hakim ini kepada sepuluh wasiat di dalam penulisan bukunya yang bertajuk Wasiat Luqman Al-Hakim kepada Puteranya.. Dengan pembahagian ini, ia akan memudahkan huraian yang lebih padat dan analisis yang lebih kritis dapat dilakukan.
4.4.1 Analisa Wasiat Pertama : Jangan Sekali-kali Mempersekutukan Tuhan
“Wahai anakku! Jangan sekali-kali engkau mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya mempersekutukan tuhan itu adalah suatu penganiayaan yang besar!”
(Surah Luqman:13)
Ayat 13 dalam Surah Luqman membawa maksud wasiat supaya manusia tidak sekali-kali mempersekutukan Tuhan. Syed Ahmad semait (1991 : 16) menyatakan manusia sememangnya selalu lemah mengendalikan urusan dirinya apatah lagi dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan hawa nafsunya. Ini kerana, Syaitan itu sentiasa memasang perangkap dimana-mana sahaja untuk menarik manusia memihak kepadanya agar di hari kiamat kelak, sama-sama akan menjadi isi neraka. Ketika itu, barulah Syaitan berasa puas, apabila melihat anak-anak Adam bersama-sama dilontarkan ke dalam perut Neraka.
Dalam penceritaan Si Tanggang ini, ibu Tanggang iaitu Dermai meminta doa kepada Tuhan supaya memberikan balasan terhadap Tanggang yang tidak mengaku dia sebagai ibunya. Di sini dapat dilihat bahawa ibu Tanggang tidak meminta pertolongan dan berdoa kepada benda lain selain Allah. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempersekutukan Tuhan dengan benda-benda lain.
Sikap ini sememangnya patut dijadikan contoh dalam kehidupan sosiobudaya masyarakat yang beragama Islam. Apabila ditimpa suatu ujian dan dugaan serta kesusahan sepatutnya terus berdoa kepada Allah dan tidak berdoa selain daripada Allah s.w.t. Ini kerana Allahlah yang boleh membantu manusia dengan sepenuhnya. Doa itu sebenarnya senjata yang sangat besar dan dianggap lebih tajam daripada mata pedang.
Pada masa kini didapati segelintir masyarakat berdoa dan memuja kepada benda-benda lain kerana kurangnya ilmu agama. Ini menunjukka mereka telah mempersekutukan Allah dan melakukan Syirik. Syed Ahmad Semait (1991:19) mengukuhkan lagi kenyataan ini dengan kenyataan dalam melalui gelombang kemajuan setiap hari, ada berbagai-bagai isu yang akan kita hadapi dan ada kalanya mempunyai hubungan yang rapat dengan masalah agama. terdapat juga masalah yang menyentuh soal I’tikad dan kepercayaan kita.
4.1 Jadual Analisa Wasiat Pertama (Jangan Menyengutukan Tuhan)
Dialog Watak Visual Durasi
Deruma
Kalau benar dia anakku yang ku kandung sembilan bulan sembilan hari, yang kulahirkan, aku susukan dari kecil sampai besar, tunjukkanlah balasan atas anak yang tidak membalas jasa, yang tidak mengaku aku ibunya, Oh Tuhan, kau tunjukkanlah, tunjukkanlah pada anak yang tidak mengenang jasa
Ibu Tanggang (Dermai )
meminta doa kepada Tuhan
Kilat sabung menyabung
ribut taufan melanda
Ombak memasuki bahtera Tanggang
Anak-anak kapal Si Tanggang menjadi batu
Si tanggang menjadi burung helang
Bahtera Tanggang tenggelam
50:10-55:42
( CD2 )
Di dalam penceritaan ini selepas ibunya berdoa, tiba-tiba kilat sabung menyabung dan laut menjadi bergelora sehingga menenggelamkan kapal Tanggang. Tanggang telah mendapat balasan kerana menderhakai ibunya dan telah menajdi burung helang. Anak-anak kapal, isteri dan bahteranya pula menjadi batu kerana sikapnya yang biadap terhadap ibunya dan tidak mengakui ibunya selain tidak menepati janji yang dijanjikan pada ibunya.
Sesuatu perkara tersebut tidak akan berlaku tanpa adanya kebenaran daripada Allah SWT. Sekiranya makhluk lain mempunyai sedikit kuasa atau kelebihan sekalipun ianya tidak setanding dengan kekuasaan Allah dan kuasa yang mereka tunjukkan tersebut sebenarnya tidak akan dapat ditunjukkan tanpa kebenaran Allah. Syed Ahmad Semait (1991: 16) menyatakan :
Lantaran tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup, ataupun kalau ada hanya sekadar pengetahuan kulit sahaja, maka tidak mustahil dia akan terperangkap ke dalam hal-hal yang boleh menariknya kepada syirik dan mempersekutukan Tuhan, sedang dia tidak sedar atau tidak mengetahui. Hal-hal yang boleh mencemarkan agama, dan memesongkan kepercayaan seseorang Muslim memang banyak sekali.
Selain itu, seseorang anak Adam itu juga seharusnya sentiasa berwaspada sehingga tidak terpesong daripada jalan yang diredhai Allah dan rasulnya disebabkan mengikut kehendak Syaitan. Syaitan akan memperindahkan perkara yang buruk sehingga ia kelihatan seolah-olah menarik .
Oleh yang demikian, orang yang menjadi hamba hawa nafsunya akan terjun ke dalam perangkap syaitan itu tanpa berfikir panjang dan pertimbangan. Kemudiannya dia akan melakukan berbagai-bagai dosa dan maksiat tanpa memikirkan lebih jauh kesudahannya. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 16). dalam penceritaan ini tanggang sanggup membunuh demi untuk mengejar harta yang diimpikannya. Syed Ahmad Semait(1991: 16) menyokong pernyataan,
Dalam hal ini, dia telah menjadi buta sebuta-butanya, lupakan dirinya sebagai seorang hamaba Allah, dan lupakan tuhannya sebagai penciptanya.
4.2 Jadual Analisa Wasiat Pertama
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Kalau sudah terpaksa aku mencari harta dengan melangkah di atas mayat manusia, sekali aku melangkah tak akan berpatah balik
Tanggang berjaya membunuh Linggi
Tanggang melangkah mayat Linggi
Linggi yang tidak bernyawa lagi 01:05:23-01:05:54
( CD 1)
4.4.2 Analisa Wasiat Kedua : Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa
•
“Dan Kami( Tuhan) wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan, dan dicerai-susukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu-bapamu! KepadaKulah tempat kembali.”
(Surah Luqman:14)
Nasihat yang kedua yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya sesudah mengesakan Tuhan, ialah supaya manusia hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 25). Allah Ta’ala telah memandang berat terhadap perkara berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, sehingga Dia meletakkan perintah itu beriringan dengan perintahNya dalam hal mengesakan ZatNya dan menyembahNya.
4.3 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Visual Durasi
Tanggang diubati emaknya kerana diketip lipan
00:08:04-00:08:31
( CD 1)
Tanggang diubati emaknya kerana cedera dipukul Jelutong
00:15:03-00:15:18
( CD 1)
Di dalam penceritaan ini Sedari kecil Tanggang dijaga baik oleh ibunya dan segala permintaan Si Tanggang dipenuhinya walaupun terpaksa menerima cacian dan hinaan. Si Tanggang memaksa ibunya dengan permintaan yang tidak patut iaitu mempergunakan emaknya supaya meminang Si Montel anak Orang Kaya Dinas.
Kemudian Alah Ta’ala telah mengingatkan kita tentang penderitaan seorang ibu dalam masa mengandung anaknya dengan mengatakan : Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan. Hal ini memang sudah diketahui oleh semua orang secara umum. Akan tetapi biasanya seorang anak jarang-jarang sekali mengenal penderitaan ibunya sendiri, kerana penderitaan seorang ibu dengan ibu yang lain sangatlah berbeza-beza sekali.
Penderitaan ibu dalam masa mengandung tidak seperti penderitaan-penderitaannya yang lain, yang mungkin bersifat sementara, ataupun yang hanya berhubungan dengan dirinya sendiri. Malah penderitaan ini berkaitan dengan kandungan yang ada di dalam perutnya, dan yang mengambil masa sembilan bulan dan beberapa hari lamanya.
Ibunya menasihatinya namun tanggang tetap dengan pendiriannya dan mengugut ibunya dengan suara yang tinggi. tanggang mengugut emaknya bahawa sekiranya emaknya tidak pergi dia akan meninggalkan kampong tersebut. nada suara yang dikeluarkan Tanggang dan sikapnya mengugut emaknya adalah tidak patut dan salah di sisi agama Islam.
Emak Si tanggang terpaksa mengalah kerana tidak ingin Tanggang meninggalkannya kerana sekiranya Tanggang meninggalkannya dia akan tinggal sebatang kara. walaupun terpaksa, ibunya terpaksa akur dengan kehendak Si Tanggang.
4.4 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Mak pergi jelah ke rumah orang kaya tu untuk pinangkan Si Montel..
Dermai
Belum ditanya lagi, mak dah tahukan jawabnya, Tanggang, tak guna menjala angin nak..cakapkan saja nama anak dara yang lain-lain, mak tak segan-segan untuk meminang engkau Tanggang..
Tanggang
Kalau tak timbul rasa malu..Tanggang tak mau lagi tinggal di sini..setiap kali Tanggang memandang Si Jelutong tu..selagi itulah rasa penghinaan yang dikatakan pada si Tanggang (suara tinggi)
Dermai
Pekakkan telinga, butakan mata dengan orang semacam itu Tanggang
Tanggang
Tidak mak, tidak, mak pergilah ke rumah orang kaya tu, kalau mak mau Tanggang kekal di sini..mana tau, orang kaya tu tidak memilih harta, tapi memilih orangnya..kan jodoh tu takde sesiapa pun yang menentukannya mak..
Dermai
Berat mulut mak nak bercakap dengan orang kaya tentang perkara ini Tanggang
Tanggang
Mak, mana lebih berat..rasa malu mak atau rasa sayang mak pada Tanggang..kalau rasa malu mak, biarlah Tanggang tinggalkan kampung ini malam ini juga, jadi takde seorang pun yang nampak Tanggang pergi
Dermai
Tanggang, sudahlah nak jangan pergi, jangan merajuk, kaulah saja anak mak, kalau kau suruh buat mengharung laut pun mak pergi, ke mulut buaya pun mak pergi, inikan pulak ke rumah orang kaya Dinas, mak pergi ya nak..
00:15:46-00:17:21
( CD 1)
Setelah gagal meminang Si Montel dan mendapat hinaan daripada mereka, Tanggang melepaskan kemarahan terhadap emaknya. Namun begitu ibunya tetap menasihatinya dan menghalang Tanggang daripada membunuh sesiapapun kerana sikap tersebut adalah sikap yang mengikut tuntutan Syaitan.
Dengan suara yang tinggi dan memekik-mekik, Tanggang berbicara bersama emaknya tanpa beradab. Penceritaan ini juga mengandungi banyak nasihat yang diucapkan oleh emak Tanggang kepada Tanggang yang juga merupakan nasihat kepada penonton. bait-bait perbicaraan mereka ialah :
4.5 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Adakah dia tidak boleh sakit, tidak boleh mati, adakah dia boleh kenyang dengan tak makan? Bagaimana dia, begitu juga kita tetapi kenapakah kita dikatakan dusta, kenapa?!(suara tinggi)
Dermai
Di dunia ini orang memandang harta, memandang bangsa, pangkat Tanggang, dia minyak, kita air, mana boleh sama nak..
Tanggang
Ah..kalau nak turutkan hati..Tanggang nak bunuh orang kaya tu baru dia tahu yang kekayaannya sedikit pun tidak boleh menolongnya ( suara tinggi )
Dermai
Jangan jadi gila Tanggang, kalau engkau membunuh, kau juga dibunuh.. sukakah kau aku dikatakan orang ibu pembunuh? sukakah engkau? (nasihat)
Tanggang
4d&&8**###$%%%(marah-berkata-kata sendirian)
Dermai
Cuba engkau hilangkan dengki dalam hati, terima sajalah nasib kita yang ada.. rezeki secupak tak akan jadi segantang, kalau sudah Kancil jangan cuba nak meniru Gajah Tanggang..
Tanggang
Tapi kalau tak disuap takkan masuk ke mulut mak..begitu juga suatu benda kalau tak dibuat takkan dapat..Tanggang bersumpah kalau orang memandang pangkat, Tanggang akan cari pangkat..kalau orang memandang harta, Tanggang juga akan mencari harta..kalau bangsa dapat dibeli atau dihitung..itu juga Tanggang akan usahakan..aku nak ajar orang kaya tu, aku nak ajar Si Jelutong..(suara tinggi)
00:20:31-00:22:33
( CD 1)
4.6 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Dialog Watak Visual Durasi
Dermai
Kau nak pergi ni kerana si Jelutong tu ke?
Tanggang
Itu satu daripada sebab-sebabnya juga, tapi tujuan Tanggang yang sebenarnya ialah mencari harta..Tanggang dah jemu dan cukup geram dengan orang-orang yang memandang hina pada kita kerana tak ada harta
Dermai
Kerana itu juga, kau sanggup nak tingalkan mak Tanggang..tak bolehkah kau tabahkan hati nak…
Tanggang
Mak..mak dah tua…mak boleh sabar..tapi Tanggang masih muda..darah Tanggang masih panas, tengok macam tadi ha..Tanggang bergaduh, lain kali tak Tanggang mengamuk pula..
Dermai
Tanggang..dari kau kecik sampai begini besar, tak pernah kita berenggang nak..sekarang, sampai hati kau nak meninggalkan mak Tanggang..mak dah tua, siapa yang nak menjaga mak, Tanggang
Tanggang
Tanggang pergi bukannya untuk selama-lamanya mak..sebab bila lekas Tanggang kumpulkan harta Tanggang akan balik, mak akan Tanggang pakaikan dengan emas..rumah kita akan besar tersergam
Dermai
Tanggang mak tak ingin kekayaan yang seperti itu mak..mak lebih suka hidup miskin begini..asalkan hati mak senang.Tanggang... lagipun mak takut nak, mak takut kalau kau dah kaya..kalau kau dah berpangkat, hati kau jadi berubah Tanggang..banyak orang yang begitu Tanggang..bila dah kaya, bila dah berpangkat..mulalah sombong..bongkak dan pandang orang macam sampah Tanggang…
Tanggang
Mak..Tanggang bersumpah mak….Tanggang tak akan begitu..kalau Tanggang berubah, mak boleh kutuk Tanggang, janganlah mak susah, ye mak..
Tidak Tanggang..tidak..tidak..
Dermai
Mak rasa mati lah mak Tanggang kalau kau pergi..
Dermai
Kesiankanlah mak Tanggang, mak dah tua..dah tua tanggang, tak lama lagi mak akan meningalkan dunia ini, selepas itu, kau nak pergi kemana pun..pergilah sesuka hati kau..tapi janganlah tinggalkan mak sekarang ini nak..tolonglah tanggang..mak sembah engkau..mak sembah engkau..jangan tinggalkan mak tanggang, jangan tinggalkan mak..
Tanggang
Mak..mak.,.mak..janganlah begini mak, kalau mak tak mau Tanggang pergi..Tanggang tak pergi ye mak, apa nak jadi pun jadi lah…
Dermai
Betul nak..betul ko tak pergi nak…?
Tanggang
Ye mak..Tanggang tak jadi pergi, kita tidur ye mak..tidurlah mak…
Dermai
Tanggang, mak rasa bertuah dapat anak yang bertimbangrasa seperti kau tanggang
00:28:35-00:32:37
( CD 1)
4.7 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Visual Durasi
(00:35:47-00:36:56
( CD 1)
Tanggang sanggup menninggalkan emaknya demi mencari harta. sikap ini adalah sangat tidak elok. Dermai, emak Tanggang berasa sangat kecewa setelah mengetahui Tanggang telah pun melarikan diri. Selain itu, dia juga terpaksa menerima kesakitan di atas kesalahan Tanggang yang membelasah Jelutong.
4.8 Jadual Analisa Wasiat Kedua ( Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa)
Dialog Watak Visual Durasi
Puteri Indera Kaca
Perempuan tua ini dah gila agaknya, mengapa dia mengaku dia mak kanda? Tengok rupa dia kotor, selekeh, baunya tentu busuk, jangan kasi dia naik
Dermai
Tanggang kenapa dia tak kasi mak naik nak..kenapa Tanggang..ni mak bawakan pisang salai yang kau sukakan sangat tu nak..tu ha keledek..dah tentu lama ko tak merasanya Tanggang..
Puteri Indera Kaca
Jangan kasi dia naik kanda..dinda takut apa pula dibuatnya nanti..orang-orang di sini bukan sahaja liar tapi gila kanda
Tanggang
Hey!pergi, pergi..
Dermai
Ko panggil aku hey tadi Tanggang..aku ni mak engkau..aku buknnya binatang Tanggang..
Tanggang
Ah..ko dah gila nak mengaku mak aku pula..mak aku dah tak ada tau..
Dermai
Mak kau dah tak ada..jadi aku ni siapa Tanggang..?tak ingatkah engkau siapa yang megubat kaki engakau masa kau diketip lipan..siapa yang membalut luka engkau masa engkau dipukul Si Jelutong? siapa yang pergi rumah orang kaya untuk meminang si Montel hingga aku kena halau, kena maki..kena hamun..bukan kah aku..aku mak engkau Tanggang..kau dah lupa ke?kau dah lupa ke Tanggang?
Tanggang
Ahh..orang tua ni merepek..eh!aku Datuk Mangku Negara..ini Puteri Indera Kaca anak Raja Donan dari negeri Gajah Perak..lagipun ini bukan kampung aku, ko tau..macamana pula mak aku boleh jadi orang kampung yang kolot tak senonoh seperti kau ini ha..hei! kalau kau maukan apa-apa cakap..aku boleh bagi..jikalau tak mau apa-apa..lekas..pergi berambus balik ke darat..pergi!
Dermai
Tanggang..Tanggang..bukankah betul mak katakan dulu..kalau kau dah kaya..kalau kau dah senang nanti kau lupa daratan..sekarang kau sudah malu nak mengaku aku mak engkau Tanggang..dan engkau juga sudah lupa yang engkau nak pakaikan aku dengan emas Tanggang, nak beri aku rumah besar..bermacam-macam janji engkau Tanggang
Tanggang
Sudah!sudah! sudah! sudah..aku tak mau dengar lagi..pergi berambus naik ke darat lekas..
Dermai
Tanggang..mak tak mau menuntut janji kau dulu nak..Tanggang..mak rindu, rindu pada kau Tanggang.. kalau kau nak halau mak...mak boleh pergi nak..tapi berilah mak memeluk dan mencium kau dulu nak..berilah mak menghilangkan rindu mak pada kau Tanggang
Kanda..dia dah naik kanda..dinda takut..
Tanggang
Hey! aku bilang jangan naik..turun lekas!
Dermai
Tak apa Tanggang..berilah mak memeluk engkau sekejap saja Tanggang..sekejap nak..
Tanggang
Ahh..!!pergi berambus..pergi..
Dermai
Tanggang..kesiankanlah mak nak…kesiankanlah mak..berilah mak peluk sekejap saja..nak..Tanggang..
Tanggang
Hey aku bilang pergi dari sini..kalau tidak aku pukul kau nanti..
Dermai
Pukul lah nak..pukullah suka hati kau..puaskanlah hati kau Tanggang
Tanggang
Orang tua tak sedar diri..pergi..pergi.
Dermai
kau tolak mak nak..sampai hati kau buat aku begini Tanggang..Tanggang kesiankanlah mak nak..
Tanggang
Kau bukan mak aku (sambil memukul) tangan maknya
(selepas terjatuh Dermai)
Tanggang
Tolakkan perahu itu jauh dari kapal ini..sekarang..bongkar sauh kita belayar jauh sekarang juga..tinggalkan tempat sial ini..mari!!
Dermai
Tanggang kesiankanlah mak nak.. Tanggang, kesiankanlah mak nak Tanggang.. kesiankanlah mak nak..Tanggang…Tanggang
43:56- 55:42
(CD2)
Dan penderitaan itu tidak habis di situ sahaja, malah ia akan menemui kemuncaknya pula, kerana apabila anak yang dikandungnya itu hendak dilahirkan, sang ibu akan mempertaruhkan nyawanya dalam keadaan yang amat genting sekali. Dia akan merasa bimbang sama ada dia akan terus hidup ataupun akan mati. Sebab bukan tidak ada ibu yang terkorban, ketika melahirkan anak.
Hanya dengan rahmat Allah Ta’ala yang berisfat Pengasih Penyayang sahajalah, maka kelahiran anak itu ditakdirkan berlaku dalam keadaan selamat dan tidak membimbangkan. Akan tetapi, jika hendak direnung dan difikirkan, memanglah proses melahirkan anak itu mengandungi bahaya yang besar, kerana sang ibu itu seolah-olah menyabung nyawa engan anak yang akan dilahirkan.
Setelah anak itu dilahirkan, sang ibu akan menemui suatu corak penderitaan yang lain pula, iaitu masa penyusuan anak dan pemeliharaannya. Dalam ayat ini, Allah ta’ala telah mencatitkan : “dan dicerai-susukannya dalam masa dua tahun”. Penderitaan selama sembilan bulan ketika si anak di dalam perutnya telah berlalu. Kini penderitaan menyusukan aanak dan memeliharanya pula baru bermula, dan akan mengambil masa selama dua tahun. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 25 & 26)
4.4.3 Analisa Wasiat Ketiga : Jangan Ikut Seruan Syirik
•
“Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan daku dengan apa yang engkau tiada ketahui, maka janganlah engkau turut mereka. Dan pergaulilah mereka di dunia secara baik. Dan turutlah jalan orang yang kembali KepadaKu! Kemudian kepada akulah tempat kamu sekalian akan kembali, maka akan aku beritakan kepadaKu kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman:15)
Penghargaan manusia terhadap kedua ibu-bapanya itu adalah mutlak, pasti disempurnakan secara yang baik dalam apa rupa sekalipun. Sebab hak mereka itu di atas segala hak-hak yang lain, tidak dapat dinafikan sama sekali. Meskipun demikian, di sana ada suatu hak lagi yang tetap mengatasi hak mereka, iaitu hak Allah s.w.t, yang tiak boleh ditolak-ansurkan atau ditawar-menawarkan. Sebab itu Allah Ta’ala mengatakan di atas lisan luqman, sebagai wasiatnya yang ketiga kepada puteranya, berbunyi :
“Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan daku dengan apa yang engkau tiada ketahui, maka janganlah engkau turut mereka!”
( Syed Ahmad Semait, 1991: 33)
Luqman telah mengingatkan puteranya bahawa masalah ‘tauhid’ atau pengesaan Allah Ta’ala itu adalah masalah pokok, yang tidak boleh ditukar ganti, kerana orang yang telah mengenal allah itu ialah orang yang telah terselamat dari kesesatan, orang yang tlah keluar dari gelap-gelita kepada cahaya nur yang terang benderang.
Taufiq dan hidayah itu adalah kurnia-kurnia yang besar dari Allah s.w.t, adakah petut ia dipertukar-gantikan dengan kesesatan pula.Meskipun segala kehendak dan permintaan kedua ibu-bap itu mesti dijunjung tinggi dan dilaksanakan sekadar termampu, namun dalam hal menduakan Tuhan yang Esa itu tidaklah boleh diturutkan kekehendak mereka, demikian bunyi wasiat Luqman itu. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 33 & 34).
Riak juga sebenarnya adalah sebahagian daripada Syirik. Abu Mazaayaa Al-Hafiz ( 1999 : 201,202) Syirik bermakna menyekutukan Allah SWT atau menduakanNya dengan sebarang makhluk. Samada menduakan Allah SWT dari segi kekuasaanNya, sifat-sifatNya atu lain-lainnya. Sedangkan orang yang melakukan perbuatan syirik disebut sebagai musyrik. Orang yang melakukan sesuatu amal dengan disertai perasaan riya’, iaitu ingin mendapatkan pujian dari manusia bererti ia telah menudakan Allah SWT secara tersembunyi dan sangat halus. Kerana ia telah mengharapkan sesuatu dari selain Allah di mana sesuatu tersebut telah menjadi milik Allah SWT secara mutlak.
Secara lebih jelas boleh digambarkan pada seorang yang membaca Al-Quran di hadapan manusai dengan hati riya’ yang ingin mendapat pujian dari mereka. Pada hakikatnya hanya Allah SWT satu-satunya zat yang layak dimintai pujian dan ganjaran. Dengan demikian ia telah menduakan Allah dari segi sifat dan kekuasaanNya dengan manusia. Kerana pujian tersebut adalaha sebahagian dari jenis ganjaran.
Selain di atas bererti orang yang berbuat riya’ telah melakukan amal bukan murni kerana Allah SWT. Yang demikian ini adalah sangat berbahaya dan Allah terlepas dari orang tyang riya’ dalam erti kata Dia tidak akan melayan mereka bahkan mengazabnya dengan azab yang pedih. Di dalam satu hadith dinyatakan bahawa Allah SWT benar-benar telah cuci tangan iaitu tidak mahu mengambil tahu ke atas orang yang beramal diserai riya’
4.4.4 Analisa Wasiat Keempat : Ingatlah Bahawa Manusia Akan Mati
•
Firman itu terus menyambung ; ‘ dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu.’
(Surah Luqman:15)
Ayat ini menganjurkan kita supaya menurut jejak langkah orang yang kembali kepada Tuhan. Yakni, orang yang sentiasa menghisab dirinya. Jika ada sesuatu yang salah dilakukan, segeralah dia kembali kepada Allah, dan memohon keampunanNya ata kesalahan yang telah dilakukannya itu. Sebab, sebagaimana bunyi ayat yang berikutnya pula : “ kemudian kepadaKu tempat kamu sekalian kembali”
4.9 Jadual Analisa Wasiat Keempat (Ingatlah Bahawa Manusia Akan Mati)
Visual Durasi
Tanggang membunuh ketua perompak
27:27-27:36(CD2)
Mayat Kenanga
33:55-33:58
(CD2)
Linggi terbunuh adiknya Si Molek
Mayat Si Molek
Mayat Si Linggi
01:03:30-01:03:36
(CD 1)
Setiap menusia pasti kembali kepada Tuhannya. Cuma ada yang tahu dan yakin, bahawa dia akan kembali kepada tuhan, dan ada yang tidak tahu dan tidak yakin. Orang Islam tahu, bahawa dia akan kembali kepada Tuhan, dan ada yang tidak tahu dan tidak yakin. Orang Islam tahu, apabila dia mati, dia akan kembali kepada Tuhannya, manakala orang kafir pula tidak tahu, kerana dia tidak mengenal Tuhan yang sebenarnya.
Kemudian antara orang-orang Islam itu pula, ada yag sedar bahawa dia akan mati pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Allah. Usianya pendek, yang tinggal hanya beberapa hari sahaja. Meskipun ia masih dapat hidup berbulan-bulan, atau bertahun-tahun lagi. Namun apabila dibandingkan dengan usia di dunia ini hanya suatu bilangan yang boleh dihitung, manakala usia di akhirat itu abadi, tiada batasnya. Sebab itulah orang yang sedar itu memandang ajalnya sentiasa di hadapan matanya, apabila telah genap dia akan berangkat pergi tidak kembali lagi. Jadi dia harus bersedia awal-awal lagi. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 39)
4.4.5 Analisa Wasiat Kelima : Tiada Yang tersembunyi Daripada Ilmu Allah
• •
“Wahai anakku! Sekiranya amalan itu seberat biji sawi sekalipun, kemudian ia disembunyikan di dalam batu, ataupun di petala langit, ataupun di dalam bumi, nescaya akan didedahkan oleh Allah, sesungguhnya Allah maha teliti dan maha mengetahui.”
(Surah Luqman:16)
Di dalam ayat ini pula tersimpul wasiat Luqman Al-hakim yang kelima, iaitu suatu wasiat yang amat penting untuk dijadikan pegangan hidup bagi manusia; iaitu amalan kita bagaimana kecil sekalipun melainkan diketahui oleh Allah s.w.t. tidak kira bagaimana dan dimana saja kita lakukan, biar yang baik mahupun yang jahat. Jika yang baik biarlah ia diikhlaskan kepada allah s.w.t. semata.
Jangan ada amalan yang kita lakukan kerana ada tujuan mempamerkan kepada manusia, ataupun kerana sesuatu sebab keduniaa umpamanya kerana minta dipuji orang, atau kerana hendakkan pangkat dan kedudukan dan sebagainya. Apabila amalan itu diiringi oleh sebab-sebab tersebut, nescaya binasalah ia, tidaklah ia kerana allah lagi, dan amalan yang bukan kerana allah adalah sia-sia, tidak ada ganjarannya nanti di hari akhirat. Ini mengenai kelakuan manusia yang baik.
Adapun mengenai kelakuannya yang jahat pula diharapkan jagan sekali-kali melakukannya, meskipun kecil saja seberat biji sawi sekalipun, namun ia tetap akan diperkirakan oleh Allah Ta’ala. Kemudian, jangan sampai si manusia itu mengira bahawa dia dapat menyembunyikan maksiat itu dari pengetahuan allah. Bahkan di amana saja ia lakukannya, dan bagaimana ditutup dan dirahsiakannay, namun ia tetap dalam pengetahuan Tuhan. Sebab itulah Luqman telah mengingatkan puterana tentang hal ini, sebagaimana yang tersebut di dalam ayat 16 yang kita sering membicarakan ini. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 44 & 45)
4.4.6 Analisa Wasiat Keenam : Dirikanlah Sembahyang
•
“Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang, serulah mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan yang jahat, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa engkau, Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yangberat tanggungannya”
(Surah Luqman:17)
Sembahyang ialah pokok syariat islam yang penting, sebab itulah dia menjadi rukun Islam yang utama sesudah rukun dua kalimah syahadat. Pertama-tama yang dituntut oleh Agama Islam sesudah seseorang itu mengucap du akalimah Syahadah ialah melaksanakan sembahyang. Orang yang tidak tahu cara-cara sembahyang, wajib belajar dengan serta merta. Jika dia belum selesai belajar, hendaklah dia mengerjakan sembahyangnya sekadar apa yang dia telah tahu, namun sembahyang tidak boleh sama sekali ditinggalkan
4.10 Jadual Analisa Wasiat Keenam (Dirikanlah Sembahyang)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Oh..Kenanga pun ada bersiar-siar di sini ye..
Kenanga
Ya abang Tanggang
Baik cuaca hari ni ye (bercakap bersama-sama)
Kenanga
Bang Tanggang..kenapa abang Tanggang ingin jadi anak kapal?
Tanggang
Kalau tak jadi anak kapal dengan Kenanga mana nak kenal..
Kenanga
Benar juga..tapi tentulah jauh negeri abang..maka kemari abang datang berdagang
Tanggang
Ya..abang datang dari jauh..jauh sungguh
Kenanga
Dari gaya dan tingkah tentulah abang datang dari orang-orang yang baik kan
Tanggang
Adakah Kenanga hanya suka bergaul dengan orang-orang yang berpangkat dan berbangsa sahaja?
Kenanga
Tidak, tidak..saya tidak memilih bangsa. Saya tidak memandang orang kaya dan papa. Saya berkawan tidak berbeza-beza bang..kenapa?
Tanggang
Tidak..abang sangka kau begitu tadi.. sekarang barulah senang hati abang..untuk menjelaskan pertanyaan kau tadi, er.. ibu bapa abang memang orang yang berada.. tetapi oleh kerana hati ini ingin nak mengembara sebab itulah abang sanggup meninggalkan harta. Bak kata orang jauh berjalan banyak dipandang
Kenanga
Bagaimana pula sekarang..
Tanggang
Dah jumpa dengan Kenanga rasa hati ingin nak ke mari..tidakkah ayah Kenanga marah kita berjumpa begini??
Kenanga
Tidak..ayah tidaklah ambil kisah sangat sekiranya kita pandai menjaga adat
Tanggang
Mari kita ke sana..
Kenanga
Mari..
Tanggang duduk berdua-duaan bersama Kenanga
Tanggang menipu Kenanga
Tanggang berjalan berdua-duaan bersama Kenanga
00:59:21-01-01-58
(CD1 )
Mengikut penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini walaupun tidak ditunjukkan berkenaan solat namun kaitannya dengan filem masih ada. Contohnya di dalam file mini sekiranya seseorang itu mendirikan solat sudah tentu akan menjaga perbuatannya. Tetapi di dalam filem ini dapat dilihat tanggang bersama Kenanga berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Perbuatan berdua-duaan ini akan membawa fitnah dan boleh dituduh berkhalwat. Ini kerana solat itu akan mencegah perbuatan keji dan mungkar. Di dalam filem ini juga Tanggang menipu Kenanga dengan menyatakan bahawa dia berasal daripada keluarga yang kaya raya. Orang yang meninggalkan juga sembahyang itu sebenarnya sama seperti orang yang merobohkan agamanya sendiri, yang tentulah dosanya amat berat.
Nasihat luqman berikutnya ialah nasihat yang keenam ioau dirikanlah sembahyang memanglah suatu hal yang perlu bagi seseorang hamba untuk membuktikan kehambaannya terhadap Tuhan yang menciptanya, yang memberikan kepadanya segala macam nikmat dan kurnia yang tidak dapat terkira banyaknya. Sembahyang itu wajib ditunaikan dengan sesempurnanya, dengan penuh rasa rendah diri dan khusyu’.
Sebab orang yang bersembahyang itu ialah orang yang sedang menghadap dan berkira-kira dengan Tuhannya. Kalau berlaku sesuatu yang kurang sopan, nescaya sembahyangnya itu akan tertolak, dan Tuhan akan murka terhadapnya. Manusia tentu tidak ingn tuhan murka terhadap dirinya, sebab orang yang imurkai Tuhan itu akan binasa dan celaka.
Dan sembahyang itu pula mestilah dipelihara dan ditunaikan pada waktu-waktunya yang tertentu. Jangan sampai dilengah-lengahkan setelah masuk waktunya, apatah lagi ditangguhkannya sekali, atau sekali sembahyang dan sekali tidak. Macam orang yang indah tak indah sahaja. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 49 & 50)
4.4.7 Analisa Wasiat Ketujuh : Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat
Wasiat yang ketujuh pula ialah sebagaimana bunyi ayat ini ( maksudnya) : Suruhlah mengerjakan yang baik, dan cegahlah perbuatan yang jahat!”
(Surah Luqman:17)
4.11 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Visual Durasi
bermesyuarat
28:05-29:45
(CD2)
Menyuruh mengerjakan yag baik itu adalah suatu cabang dari dakwah Islamiah yang wajib atas setiap orang Muslim. Dmikian pula dengan mencegah perbuatan yang jahat. Kerana kedua-duanya adalah syiar-syiar Agama Islam yang suci, yang tanpanya dunia akan menjadi huru-hara, dan manusia tidak akan mengenal batas-batas allah s.w.t. sebab itu allah ta’ala telah memuji orang yang menjalankan tugas ini.
4.12 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Jelutong (kanak-kanak)
Eh Tanggang di mana ko dapat pisang itu ha..bagi kita sikit Tanggang kalau tidak kita rampas nanti
Tanggang
Tak bolah
Kawan Jelutong
Mari kita kerjakan dia Jelutong..Tanggang curi pisang oi… tanggang curi pisang oi
Dermai(muda)
Kejar anak aku kenapa?
Jelutong (kanak-kanak) mengugut tanggang untuk memberikan pisang
Jelutong bersama kawan-kawannya membaling batu
Si Tanggang dan ibunya kesakitan kerana dibaling
00:01:49-00:03:05
( CD1)
4.13 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Visual Durasi
Si Tanggang mengendap Montel dan rakan-rakannya mandi
Montel dan rakan-rakannya sedang mandi
Jelutong mengendap Montel dan rakan-rakannya mandi
Jelutong berjaya menumpaskan Si Tanggang
00:12:20-00:14:41( CD 1 )
Tugas ini adalah sama dengan tugas yang dijalankan oleh para rasul dalam membimbing umatnya ke jalan Shiraathil-mustaqiim, iaitu satu-satunya jalan yang diredhai oleh Allah. Oleh yang demikian orang yang menjalankan tugas ini haruslah mempunyai sifat sabar, dan bersedia untuk menerima segala rupa cabaran dan pertentangan. Sebab tingkah laku manusia itu tidak semuanya sama.
4.12 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Lupakan dulu orang tua kau samada suka ataupun tak suka..
Tanggang memujuk Si Montel menerimanya untuk bertunang
00:25:43-00:25:52
( CD1)
4.15 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Tengoklah mangsa hati kau dengki tu linggi..belum puas juga lagi
Linggi
Ini semua kerana engkau..bukan salah aku bedebah..aku takkan puas selagi darah kau belum dapat ku hirup
Linggi tidak berpuas hati terhadap si Tanggang
01:03:45-01:03:57
( CD1)
4.16 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Kalau sudah terpaksa aku mencari harta dengan melangkah di atas mayat manusia, sekali aku melangkah tak akan beropatah balik
Tanggang menyatakan tekadnya
01:05:25-01:05:36
( CD1)
4.17 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Isteri Nakhoda Rogan
Kalau dia diberi pangkat..patut pula dia diberi tanggungjawab sendiri supaya darah muda dia tu jangan jadi liar sangat
12:30-12:36
( CD2)
4.18 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Visual Durasi
berkahwin
14:47-18:58( CD2)
4.19 Jadual Analisa Wasiat Ketujuh (Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat)
Dialog Watak Visual Durasi
Kawan-Kawan Jelutong
Tanggang, buka pintu..Tanggang! buka pintu, Tepi ah..
Dermai
Apa kau nak dengan dia pek?
Kawan Jelutong I
Oo..pandai dia nak menipu kita ye..eh Dermai mana Si Tanggang?
Dermai
Aku tak tau di mana dia.. tadi dia ada tidur dekat situ
Ah..kau jangan nak membohong..kau cuba nak melindungkan dia bukan?cakap dimana dia..
Dermai
Kenapa kamu semua ingin sangat berjumpa dengan Si Tanggang? kenapa?
Kawan Jelutong I
Si Tanggang memukul Si Jelutong sampai luka parah..engkau tahu? sekarang kita nak ajar dia pula
Dermai
Kalau Si jelutong memukul Si tanggang taka apa ye, tapi kalau si Jelutong yang kena pukul kamu semua nak menuntut bela pula..mana keadilan
Ah..diam! mana dia..cakap
Dermai
Aku tak tahu… Aku tak tahu
Cari barangkali dia ada sembunyi dekat sini
salah seorang rakan Jelutong menolak ibu Tanggang
salah seorang rakan Jelutong memukul ibu Tanggang
salah seorang rakan Jelutong memberi arahan untuk memukul ibu Tanggang
Rakan-rakan Jelutong menganiaya ibu Tanggang
00:32:57-00:35:23
( CD1)
Ada yang dapat mnerima teguran dan bimbingan, dan ada pula yang tidak suka ditegur atau diingatkan. Kerpa kali pula perkara Amar ma’ruf dan nahoi Munkar ini menimbulkan perselisihan yang membawa kepada pertengkaran, dan seterusnya kepada perkelahian dan seumpamanya.
Sebab itulah allah ta’ala mengiringi ayat itu dengan firmanNya, seperti yang dipesankan oleh Luqman Al-hakim kepada puteranya berbunyi : ‘Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kau’. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 49 & 50). Di dalam penceritaan Si Tanggang ini, Dermai disuruh diam sambil ditolak. Kermudian dia diugut dan dipukul supaya memeberituahu di mana anaknya Tangagang walaupun beliau tidak mengetahui dengan suara yang tinggi
4.4.8 Analisa Wasiat Kelapan : Jangan Suka Menyombong Diri
•• • • • •
“Dan janganlah kau memalingkan mukamu dari manusia lantaran sombong, dan janganlah engkau berjalan di bumi penuh angkuh, sesungguhnya Allah tiada suka orang yang sombong, lagi angkuh ( membanggakan diri )
(Surah Luqman:18)
4.20 Jadual Analisa Wasiat Kelapan (Jangan Suka Menyombong Diri)
Visual Durasi
Si Tanggang melihat Si Montel
Si Montel mengetahui Si Tanggang memandangnya
Si Montel mengalih pandangannya
Si Tanggang berasa hairan
00:24:45-00:24:52
( CD1)
Sifat sombong itu adalah sifat yang tercela, diarang keras oleh agama. Luqman Al-Hakim di dalam nasihatnya kepada puteranya melarang anak itu bersifat sombong. Katanya, jangan kau memalingkan mukamu kepada manusia yang lain ketika kau berkata-kata kepadanya.
“Dan janganlah enkau palingkan muka engkau dari manusia.”(pangal ayat 18) Ini adalah termasuk budi-pekerti, sopan santun dan akhlak yang tertinggi. Yaitu kalau sedang bercakap berhadap-hadapan dengan seseorang, hadapkanlah muka engkau kepadanya. Menghadapkan muka adalah alamat dari menghadapkan hati. Dengarkanlah dia bercakap, simakkan baik-baik. Kalau engkau bercakap dengan seseorang, padahal mukamu engkau hadapkan ke jurusan lain, akan tersinggunglah perasaannya. Dirinya tidak dihargai, perkataannya tidak sempurna didengarkan.
Dalam bersalam mula bertemu, apatah lagi bersalam dengan orang banyak berganti-ganti, ketika berjabat tangan itu, tengoklah matanya dengan gembira, hatinya akan besar dan silatur-rahim akan tegut. Apatah lagi kalau namanya tetap diingat dan disebut.
Ibnu Abbas menjelaskan tafsir ayat ini : “jangan takabbur dan memandang hina hamba Allah, dan jangan engkau palingkan muka engkau ke tempat alain ketika bercakap dengan dia” . (Hamka , 1987)
Demikian juga penafsiran Ikrimah, Mujahid, Yazid bin Al-Asham dan Said Bin Jubair. “dan janganlah berjalan di muka bumi dengan congkak.’ Mengangkat diri, sombong, emntang-mentang kaya, mentang-0mentang gagah, mentang0mentang dianggap jaguh, mentang-mentang berpangkat dan sebagainya. “sesungguhnya Allah tidaklah menyukai tiap-tiap yang sombong membanggakan diri .’ (hujung ayat 18)
Congkak, sombong, takabbur, membanggakan diri, semuanya itu menurut penyelidikan ilmu jiwa, terbitnya ialah sebab ada perasaan bahawa diri itu sebenarnya tidak begitu tinggi harganya. Di angkat-angkat ke atas, ditonjol-tonjolkan, kerana di dalam lubuk jiwa terasa bahawa diri itu memang rendah atau tidak kelihatan. Dia hendak meminta perhatian orang. Sebab merasa tidak diperhatikan. Dikaji dari segi iman, nyatalah bahawa iman orang itu masih cacat.
Abu Mazaayaa Al-Hafiz ( 1999 : 211,202) sombong adalah merasa dirinya besar. Di dalam bahasa Arab ia dikenali dengan istilah takabbur yang bermakna merasa besar diri. Orang yang sombong ada kalanya ia hanya berperasan bahawa dirinya besar dan ada kelebihan daripada orang lain, dan kadang-kala ia sememangnya dari kalangan orang yang terkemuka iaitu para pembesar. Bagaimanapun keadaannya perasaan sombong atau bongkak adalah dilarang agama, kerana sifat tersebut hanya layak bagi Allah SWT.
Perasaan takabbur adalah satu penyakit yang sangat sombong an bongkak. Sehingga ia membantah perintah Allah untuk menyembah kepada nabi Adam as. Sebagai tanda penghormatan, Kerana itu bermula dari perasaan sombong biasanya manusia akan berani melanggar aturan-aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Hal itu terlihat pada keengganan Iblis dari menghormati Nabi Adam as. Kerana ia merasa lebih baik dan lebih besar daripada nabi Adam a.s.
Ketika disuruh agar bersujud kepada nabi Adam as, iblis dengan begitu bongkaknya menjawab : “saya lebih baik daripada Adam, Rngkau jadikan aku dari api sedangkan Adam as, Engkau jadikan dari tanah” padahal pada waktu itu semua malaikat dengan penuh ketaatan telah patuh terhadap paerinta Allah dan bersujudlah mereka kepada Adam. Hanya iblis sahaja yang dengan sombongnya menolak suruhan Allah. Sememangnya ia adalah makhluk yang sangat bongkak dan takabbur.
Sesungguhnya sifat takabbur itu adalah hak mutlak Allah SWT. Ini bererti selain Dia SWT iaitu semua makhluk itu sangat kecil dan kerdil sekali. Sesiapa yang cuba bersikap sombong secara terang-terangan telah cuba melawan Allah dengan merampas apa yang telah menjadi hakNya. Kerana itu Allah telah mengistiharkan perang terhadap orang yang bersikap sombong. Iaitu Allah ‘Azza wa jalla akan mengazab mereka dengan seksa yang amat pedih. Dan mereka tentunya menjadi sahabat iblis di dunia dan akhirat kelak.
Abu Mazaayaa Al-Hafiz ( 1999 : 241) Bangga dengan kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri adalah alah satu penyakit hati yang merosakkan. Perasaan tersebut sering timbul akibat sikap ujub iaitu menghairani dirinya tentang apa-apa kelebihan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan.
Antara bangga diri dengan ‘ujub sekaan-akan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan ibarat air dengan gula yang menjadi minuman air manis.
4.21 Jadual Analisa Wasiat Kelapan (Jangan Suka Menyombong Diri)
Dialog Watak Visual Durasi
Tanggang
Lupakan dulu orang tua kau samada suka ataupun tak suka..aku harap, kau tanya pada diri kau sendiri samada kau suka pada aku ataupun tidak..
Tanggang
Nanti, nanti aku habiskan kataku..aku mau kau tanya pada diri kau, kalau kau suka pada aku cukup..kita sama muda..kau sukakan aku..aku sukakan kau..jangan biarkan kekayaan orang tua..aku ada tulang empat kerat, kerana kau aku sanggup membelah lautan, mendaki gunung untuk kekayaan, kalau kau maukan emas, aku akan salutkan badan engkau dengan emas.. kalau kau mau intan..aku akan tabur dengan intan, kalau kau mau..
Montel
Ah..sudahlah Tanggang jangan ko nak merepek macam orang gila, kau fikir kau lawa aku sukakan engkau..banyak lagi orang yang lawa, kau fikir kau boleh pujuk aku dengan janji-janji kosong, mengapa mesti aku tinggalkan hidup aku yang mewah kerana angan-angan kau?
Tanggang
Ini bukan angan-angan Montel..aku sayangkan kau Montel..
Montel
Kau bertepuk sebelah tangan Tanggang, cuba kau pandang diri kau dulu, orang macam kau ini tak ada dalam kampung ini yang ingin membuat laki..kau tau, ketepi..aku nak balik..
Tanggang
Montel aku dah jemu dengan kata-kata cerca dari kata dusta..kau jangan kata aku macam tu..
Montel
Lepaskan aku..tak ubah macam monyet
Si Molek menghina Si Tanggang
00:25:44-00:26:53
( CD1)
Perilaku itu adalah rendah dan hina di dalam pandangan agama dan manusia umumnya. Begitu pula jika mereka berkata-kata kepadamu, janganlah kau indah tidak indah, ataupun membelakangi mereka kerana tidak ingin mendengar kata-katanya. Bahkan hendaklah kau menghadapi mereka dan tunjukkan muka yang manis terhadap mereka. Ini merupakan nasihatnya yang kelapan.
4.22 Jadual Analisa Wasiat Kelapan (Jangan Suka Menyombong Diri)
Dialog Watak Visual Durasi
Jelutong
Oo..rupa macam kau ada hati menghendap si Montel..
Tanggang
Mengata dulang batu serpih, mengata orang aku yang lebih..
Jelutong
Aku kau tak usah bandingkanlah monyetaku boleh dapat apa yang aku mau dan aku mempu kahwin dengan dia tau..
Tanggang
Aku barangkali tak mengapa.. tapi aku tak kurang dengan pernikahan dengan si Montel tu..
Jelutong
Dagang melarat..makan mencuri ada hati kau tergila-gilakan si Montel, tak tau malu, Montel tak boleh pandang sebelah mata pada kau pun Tanggang
Tanggang
Eh..dulu kecil-kecil ko boleh la mengata aku..tapi sekarang tidak lagi.. kau bukan laki-laki kalau hanya berani menggunakan mulut untuk menyakitkan hati orang
Jelutong
Aku pun memang nak mengajar pada orang yang menaruh hati pada perempuan yang aku inginkan
Si Jelutong merendah-rendahkan Tanggang
Si Jelutong merendah-rendahkan Tanggang
Si Jelutong merendah-rendahkan Tanggang
00:13:06-00:13:55
( CD 1)
Menurut sidang pengarang Harian Metro ( 15 Ogos) ada orang tidak takut atau gusar nikmat di sisinya hilang, bahkan selalu bergembira. Gembiranya kerana nikmat itu semata-mata, lebih-lebih lagi mengenangkan keupayaan dan kejayaan dirinya mendapatkan nikmat terbabit, bukannya atas kesedaran ia adalah satu kurniaan Allah. Menurut ilmuan, golongan yang dilanda situasi itu diistilahkan sebagai orang yang bersifat ujub. Dalam kamus Dewan, kata ujub merujuk kepada perkataan Arab yang membawa makna kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego.
4.23 Jadual Analisa Wasiat Kelapan (Jangan Suka Menyombong Diri)
Dialog Watak Visual Durasi
Puteri Indera Kaca
Perempuan tua ini dah gila agaknya, mengapa dia mengaku dia mak kanda? tengok rupa dia kotor, selekeh, baunya tentu busuk, jangan kasi dia naik
Tuan puteri menghina ibu Si Tanggang
43:54-44:05
( CD 2)
Berdasarkan penjelasan di atas, menunjukkan ujub bolehlah difahami sebagai sifat kehairanan ( berasa hairan) atau kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperoleh atau dimiliki. Di sampig itu, diri lupa kepada Allah yang memberikan nikmat terbabit.
Seseorang yang bersifat ujub, selalunya lupa untuk menyelidiki kekurangan dalam ibadat dan kebaikan yang dilakukannya, sedangkan kealpaannya itu boleh mengakibatkan ibadatnya menjadi sia-sia, jika benar ada kecacatan dalam ibadatnya.
4.24 Jadual Analisa Wasiat Kelapan (Jangan Suka Menyombong Diri)
Dialog Watak Visual Durasi
Isteri Orang Kaya Dinas
Kau jangan nak mengarutlah Dermai, sedarlah diri kau dulu.
Dermai
Tanggang tak kurang baik tingkah lakunya, rajinnya.
Orang Kaya Dinas
Sudah Dermai, berambus dari sini, tak sedar..makannya orang yang mengasi, pakaiannya orang yang memberi, tempat tinggal pun menumpang di tanah orang, berani pula nak meminang anak orang, berambus dari sini, berambus,berambus.
Dermai
Kalaupun semuanya diberi orang, tapi kami balas dengan titik peluh, kami tak meminta-minta, kami tak mencuri, orang kaya tak patut buat kami begini
Isteri Orang Kaya Dinas
Sudah Dermai, berambus
Dermai
Kalau saya salah sekalipun, janganlah halau saya seperti anjing..
Orang Kaya Dinas
Kau memang anjing, macam anjing kurap, pergi! jangan datang-datang lagi ke rumah ini! Berambus!
(sambil menolak Dermai dan menutup pintu)
00:18:354
- 00:19:57
( CD 1)
Nasihat berikut iaitu : “janganlah engkau berjalan di bumi penuh angkuh.” Yakni, mengangkat diri, ego dengan memandang manusia yang lain tidak setaraf dan sebanding dengan dirinya. Mungkin dia mengira dirinya kaya-raya, sedangkan kekayaan itu datang dari Allah, dan pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mencabut semula kurnia tersebut.
Mungkin dia memandang dirinya berpangkat atau berkedudukan, sedang pangkat dan kedudukan itu datangnya daripada allah juga, dan pada bila-bila masa sahaja Allah boleh menukar keadaannya menjadi rendah dan hina. Apabila manusia mengembalikan semua perkaranya kepada kudrat dan iradat Allah Ta’ala, nescaya dia tidak akan bermegah diri atau berlagak sombong, sebab Allah s.w.t. tiada berkenaan terhadap sifat yang tersebut, sebagaimnaa bunyi penutup ayat itu, iaitu : “sesungguhnya Allah tiada suka orang yang sombong, lagi angkuh” ( Syed Ahmad Semait, 1991: 58 & 59)
4.4.9 Analisa Wasiat Kesembilan : Sederhanalah Dalam Perjalanan
•
“Dan sederhanalah dalam perjalananmu itu, dan rendahkanlah suaramu itu, sesungguhnya suara yang amat buruk itu ialah suara keldai.”
(Surah Luqman:19)
Setalah mengingatkan puteranya supaya jangan berlagak sombong dalam perjalanan, luqman Al-hakim lalu memberikan diskripsi cara perjalanan manusia yang beradab dan bersopan santun, agar dia tidaj dimurkai oleh Allah, maka katanya: Dan sederhanalah dalam perjalananmu!” yakni, jalan yang tidak terlalu cepat, sehingga tidak menggangu orang yang di kanan dan kiri, melanggar di sana dan melanggar di sini, sampai membernagkan orang di sekeliling.
Ataupun tidak pula berjalan terlalu lambat sekali, satu-satu langkahnya, menunjukkan akulah orang yang teratur, dan tidak tahu bergopoh-gapah, sehingga timbul di dalam dirinya perasaan ritya’ dan menunjuk-nunjuk. Kelakuan yang demikian meminta orang memuji-muji dan mengangkat diri, yang semua itu tidak disukai oleh allah s.w.t.
Lebih tegas lagi, jangan suka menonjolkan diri, dengan menunjukkan bahawa ‘akulah orang yang penting, dan semua orang sentiasa mencariku kerana perlu kepadaku! Sifat ini biasanya berlaku pada orang-orang yang mempunyai pengaruh pada sesebuah pentadbiran, atau orang yang dipercayai oleh seseorang penganjur atau pemimpin. Maka lantaran itu hidungnya tinggi, pandangannya selalu ke atas sahaja. Dia menggunakan pengaruhnya untuk menindas orang ramai yang perlu kepada sesuatu, yang tidak dapat menguruskannya dengan cara yang biasa.
4.4.10 Analisa Wasiat Kesepuluh : Rendahkanlah Suaramu
•
(Surah Luqman:19)
Kemudian Luqman menyambung nasihatnya lagi dengan berkata ; rendahkanlah suaramu itu!’ yakni, apabila bercakap, jangan terlalu mengangkat suara, bertekak dan bertegang urat, sebab semua itu tidak akan membawa faedah apa pun. Malah mungkin menimbulkan perpecahan dan pertengkaran, yang tiada siapa pun akan mendapat faedahnya, seain dari syaitan. Sebab syaitan amat suka apabila berlaku pertengkaran antara dua orag saudara, atau dua orang sahabat, ataupun dua pihak, sehingga akhirnya mereka berpecah-belah, yang satu mencaci yang lain.
Memang punca segala perpecahan itu timbul dari kata-kata yang tidak terkendali oleh akal fikiran yang waras, lalu masing-masing cuba mengemukakan pandangannya dengan suaranya yang meninggi untuk melemahkan hujah rakannya. Apabila ini tidak dapat diredakan, dan perasaan marah tidak dapat ditenteramkan, maka sudah tentu penyakitnya akan melarat sehingga menjadi suatu permusuhan yang mustahil dapat didamaikan lagi sesudah itu. Perkara seumpama ini dipandang berat oleh Agama.
4.6 Kesimpulan
Secara kesimpulannya terdapat banyak maklumat yang dapat dibongkar dengan hasil kajian yang telah diperolehi. Maklumat ini sebenarnya saling berkait di antara satu dengan yang lain dan sememangnya tidak dapat dinafikan kebenarannya. Maklumat-maklumat ini melibatkan aspek penceritaan di dalam filem, wasiat Luqman Al-Hakim, medium penyiaran, dasar pembangunan negara, pendapat penggiat-penggiat filem, pendapat pelakon, pendapat pengkaji-pengkaji dan banyak lagi.
BIBLIOGRAFI
A. Wahab Hamzah. (2008). Diskusi Menjejak Pemikiran Mamat Khalid. Diskusi. FINAS. Isnin, 15 September
Abdul Hadi Awang. (1992). At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran. Kuala Terengganu : Pustaka Sinaran
Abu Mazaayaa Al-Hafiz. (1999). Penawar Hati & Penenang Jiwa 2. Kuala Lumpur ; Al-Hidayah Publishers.
Arbak Othman & Nik Safiah.(2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Selangor : Penerbit fajar Bakti Sdn. Bhd
Asraf, et al. (2002). Revisi Intensif Merit Bahasa Melayu Tingkatan 4&5. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. bhd.
Asrul Sani. (1992). Cara Menilai Sebuah Filem. Indonesia : Yayasan Citra.
Azhar Mad Aros, et al.(2000). Titas 2. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ballon, R. ( 2005). Blueprint for Screenwriting- A Complete Writer’s Guide To Story Structure And Character Davelopment. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Bennett P, Hickman A. & Wall P.(2007). Film Studies: The Essential Resource. NY : The Cromwell Press
Blum, A.R. (2001). Television And Screen Writing- From Concept To Contract. Burlington, MA : Elsevier Science
Bordwell, D. & Thompson, K. (2004). Film Art An Introduction. NY : The McGraw- Hill Companies
Bordwell, D. & Thompson, K. (2008). Film Art An Introduction. NY : The McGraw- Hill Companies
Budi Irawanto. (1999). Filem, Ideologi dan Militer : Hegemoni Militer Sinema Indonesia. Jogjakarta : Media Pressinolo.
Cox A. (2005). Writing Short Stories-A Routledge Writer’s Guide. USA : Routledge
David Teo. (2008). Diskusi Filem Melayu Tidak Laku.. Betul Ke?. Diskusi. The Star. Jumaat, 8 August
Faisal Tehrani.(2006). Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan.[on-line] http://forum.jiwang.org/lofiversion/index.php/t5646.html
Fossard, D.E. & Riber, J. (2005). Writing And Producing For Television And Film. New Delhi : Sage Publication India Pvt Ltd.
Galbraith, R. (1994) . Into Scripts-radio, Television, Film And Theatre In The Classroom. Melbourne : Longman Cheshire Pty Ltd
Geiger, J. & Rutsky R.L. (2005). Film Analysis A Norton Reader. USA : W.W Norton & Compony Inc
Hamka. ( 1987). Tafsir Al-Azhar Juzu’ 21. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.
Hans Isaac. (2008). Diskusi Filem Melayu Tidak Laku… Betul Ke?. Diskusi. The Star. Jumaat, 8 August
Hassan Omar. (2005). Sembang Sabtu : Jins Tak Tampai Hati Makan Ayam.[on-line] http://tokoh.blogspot.com/2005/07/jins-shamsuddin.html
Hatta Azad Khan. (2008). Plot & Fungsi Plot. Nota Kuliah
http://addiehf.wordpress.com/category/kisah-kisah-islami/
http://ainuamri.wordpress.com/2007/11/07/ayah-dengarkanlah/
http://en.wikipedia.org/wiki/Hidayatullah
http://en.wikipedia.org/wiki/si tanggang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokoh-Tokoh_Islam
http://forum.jiwang.org/lofiversion/index.php/t5646.html
Ida Nerina. (2008). Diskusi Filem Melayu Tidak Laku.. Betul Ke?. Diskusi. The Star. Jumaat, 8 August
Kamus Dewan Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Lucey, P. (1996). Story Sense-writing Story And Script For Feature Films And Television. USA : The McGraw-Hill Companies Inc.
Mamat Khalid. (2008). Diskusi Menjejak Pemikiran Mamat Khalid. Diskusi. FINAS. Isnin, 15 September
Mansor Puteh. (1995). Kritikan Filem Mansor Bin Putih. Kuala Lumpur : Zan Corporate Communications Sdn. Bhd.
Miller, T. & Stam, R. (2004). A Companion To Film Theory. USA: Blackwell Publishing Ltd
Mohd Ghazali Abdullah. ( 2005). Feminisme Dalam Filem Melayu Kontemporari. : Jurnal Skrin Malaysia. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
Mohd. Zahari Ishak. (2006). Penerapan Nilai-Nilai Islam. Melaka : Associated Educational Distributor Sdn. Bhd
Muhammad Zuhri. ( 1985). Pedoman Muslim. Indonesia : Daarul Ihya
Mustafa Daud. (2002). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Norman Yusoff. (2008). Narrative Form & Structure. Nota Kuliah
Nor Safwanida Isa. (2005). Dialog Filem Matinya Seorang Patriot : Satu Kajian Semiotik. Latihan Limiah Yang Tidak Diterbitkan. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
Nurbaiti Hamdan . (2008). “Bold Scripts Needed To Sell Malay Movies” The Star, Saturday, 9 August
Oliver P. ( 2004). Writing your Thesis. Britain : T.J. International, Padstow, Cornwall
Sidang Pengarang. ( 2008). Lukman Al-Hakim Dianugerah Hikmah Penu”. Harian Metro, Ahad, 03 Ogos 2008
Sidang Pengarang. ( 2008). Ilmu Luqman Penuh Makrifah. Harian Metro, Ahad, 10 Ogos 2008
Sidang Pengarang. ( 2008). Sikap Ujub Perosak Diri. Harian Metro, Jumaat, 15 Ogos 2008
Soenarjo S.H. (1971). Al-Quran Dan Terjemahnya. Jakarta : Yayasan Penyelenggara Penterjemah / Pentafsir Al-Qur’an
Sumitro Djojohadi Kusumo. (1976). Indonesia Dalam Perkembangan Dunia Kini Dan Masa Akan Datang. Indonesia : Lembaga Penelitian Perfileman & Penerangan
Swain, D. V. (1982). Film Scripting : A Practical Manual. Great Britain : Dotesios Limited
Syed Ahmad Semait. (1991). Wasiat Luqman Al-Hakim Kepada Puteranya. Singapura : Pustaka Nasional.
Toye, N. Prendiville, F. and Neelands, J. ( 2000). Drama and Traditional Story For The Early Years. London : Routledgefalmer
Vanidah Imran. (2008). Diskusi Filem Melayu Tidak Laku.. Betul Ke?. Diskusi. The Star. Jumaat, 8 August
Zulkifli Mohamad. (2008). Diskusi Menjejak Pemikiran Mamat Khalid. Diskusi. FINAS. Isnin, 15 September
Zulkiple Abd. Ghani. (2001). Islam, Komunikasi Dan Teknologi maklumat. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Biodata Pengarah
Jamil Sulong
Datuk Jamil Sulong dilahirkan pada 6 Ogos 1926, kini bergelar Datuk ialah anak Melayu yang ketiga yang diberi kepercayaan mengarahkan filem Melayu di MFP, Singapura. Beliau dilahirkan di Parit Sulong, Johor.
Perkahwinan
Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi seorang Kapten Penerbangan Malaysia(MAS) yang berumur 49 tahun, Anwardi yang telah mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pengarah filem tetapi lebih cenderung kepada dunia perniagaan dan IT yang berumur 48 tahun, dan Asnadi yang kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat yang berumur 41 tahun.
Pembabitan Awal Dalam Industri Perfileman
Kerjaya
Jamil Sulong mula bekerja di Malay Film Productions sebagai penterjemah. Selepas itu beliau kemudiannya dilantik sebagai pembantu pengarah. Jamil Sulong juga amat mahir dalam menghasilkan gurindam dan pernah menulis lagu untuk P. Ramlee.
Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga filem Lela Manja. Jamil merupakan pengarah filem Melayu yang kedua paling banyak mengarah filem (hanya Allahyarham P. Ramlee yang lebih prolifik) tetapi filem-filem beliau yang telah merangkul anugerah filem paling banyak dipersada antarabangsa.
Antara filem-filemnya yang terkenal termasuk Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau juga terkenal sebagai penulis lirik dan lagu- lagunya termasuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Azizah, dan banyak lagi. Beliau terima anugerah Datuk pada tahun 2001 dan pernah juga menghasilkan buku bertajuk Kaca Permata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka
Rosnani Jamil
Datin Hjh Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Dilahirkan pada 20 Januari 1936, Rosnani Jamil dilahirkan di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus. Rosnani Ludin dilahirkan pada 20 januari 1936 (Umur 72 tahun). kampong Sungai Geringiang, Padang, Sumatera. Beliau adalah isteri kepada Datuk jamil Sulong
Ketika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul dalam filem pertama, Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952.
Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.
Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong.
Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.
Membina rumah tangga dengan Jamil Sulong, pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem pertama, Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.
Filem Lakonan
• Lembing Awang Pulang Ke Dayang
• Bicara Hati
• Cheritera
• Cinta Rosevilla
• Amok
• Azizah The Legend
• Sumpahan Mahsuri
• Antara Dua Hati
• Suara Kekasih
• Jasmin
• Kancha Permata
• Nasib Si Labu Labi
• Lubalang Daik
• Hang Jebat
• Sri Mersing
• Lela Manja (1960)
• Masyarakat Pincang
• Anakku Sazali
• Kasih Menumpang
• Air Mata
• Miskin
• Sedarah
Hasil Pengarahan
Filem arahan
• Mawar Merah
• Antara Dua Hati
• Memori
• Amelia
• Bicara Hati
Pencapaian
• Aktres Terbaik FFM 1984 (Jasmin)
Sinopsis Filem
Sinopsis Filem Si Tanggang arahan datuk haji jamil Sulong
Si Dermai dan Si Tanggang merupakan dua beranak yang tinggal di sebuah kampung. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan. Si Tanggang dan ibunya melakukan pelbagai pekerjaan seperti mencari kayu api untuk ditukarkan dengan bahan makanan seperti beras kepada orang kaya. Si tanggang membantu ibunya dengan membantu Orang Kaya membersihkan kebunnya dan mendapat upah berupa bahan makanan seperti pisang dan sebagainya. Si tanggang dan ibunya mengutip cendawan untuk dijadikan lauk. Kehidupan mereka berdua berterusan sedemikian sehinggalah Tanggang menjadi dewasa dan ibunya semakin uzur. Tanggang sedari kecil hinggalah dewasa sangat suka memakan pisang salai yang dibuat ibunya. Si Tanggang menaruh hati terhadap Si Molek anak orang kaya dan memaksa ibunya meminangkan untuknya. Walaubagaimanapun, peminangannya dirolak kerana oprang kaya yang angkuh dengan memandang harta dan keturunan. Si Tanggang tidak berpuas hati lalu menemui Si Molek untuk menyatakan isi hatinya. Dalam masa yang sama sebuaah kapal besar berlabuh berhampiran kampoungnya.Namun, kata cacian yang diperolehinya. Kejadia tersebut dilihat oleh Si Jelutong yang manna menaruh ahti kepada Si Molek. Si tanggang yang tidak tahan melihat Jelutong yang mentertawakannya lalu membelasah Si jel;utong. Si tanggang lalu melarikan diri walalupun ditentang ibunya. Si tanggang mencuri masuk ke dalam kapal dan dikatakan pencuri. Namun begitu, nakhoda kapal menerimanya menjadi anak kapal kerna melihtakan hatinya yang ikhlas. nakhoda Rogan lakonan S. Kadarisman semakin menyenangi Si tanggang lalu menjadikan belaiu anak angkatnya. Si tanggang akhirnya berkahwin bersama Kenanga iaiotu anak Saudagar kapal tersebut. Lalu Si tanggang menggantikan nakhoda dan menajdi nakhoda. Beliau akhirnya berjaya menghapuskan perompak-peromopak di pulau penyengat. Akhirnya si tanggang dikurniakan pangkat menjadi Datuk mangku negara dan mengahwini puteri raja dari negeri donan. Belau telah meceriakankenanga. Pada suatu hari bahteranya terpaksa berlabuh di kampong asalanya. Ibunya si Dermai ingin menjumpainya kerana trangat rindu.namun cacian demi cacian yang tanggang berikan dan tidak mengotakan janjinya. Ibunya berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan kekuassanan terhadap naknya yang derhaka. Tanggang akhirnya menjadi burung dan isteri bersama anak-kapalnya seta bahteranya telah menjadi batu.
Antara contoh sinopsis cerita Si Tanggang yang terdapat di dalam laman web (http://en.wikipedia.org/wiki/si tanggang) ialah,
Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya. Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada. Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya." Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu
Kulit Video Cakera Padat Filem Si Tanggang
BAB 5
PENUTUP
5.0 Pengenalan
Bab ini akan menghuraikan kesimpulan mengenai keseluruhan kajian berdasarkan skop kajian. Di dalam bab ini juga penyelidik akan memberikan cadangan-cadangan yang bernas dan pandangan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan.
5.1 Rumusan Makna Penceritaan
Seperti yang telah dinyatakan penyelidik di dalam bab sebelum ini terdapat pelbagai makna penceritaan di dalam filem yang dikeluarkan oleh sarjana-sarjana dan pengkaji filem di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
Secara ringkasnya penceritaan di dalam filem membawa maksud susunan plot visual yang disusun mengikut naratif penceritaan ataupun menggunakan pelbagai teknik dan ianya menjadi rentetan kejadian di dalam sesuatu filem. Susunan plot-plot dan subplot ini disusun mengikut citarasa pengarah bagi menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan di dalam sesuatu filem. Teknik persembahan dan suntingan membantu untuk mempersembahkan sesuatu cerita tersebut. Penceritaan juga sebenarnya melibatkan hubungan sebab dan akibat yang melibatkan ruang dan masa.
Selain itu, Cerita membawa maksud sesuatu kisah atau riwayat mengenai sesuatu peristiwa mahupun kejadian yang benar-benar berlaku sama ada ianya dilakonkan ataupun ianya berada dalam keadaan sebenar. Penceritaan di dalam filem juga membawa maksud perihal menceritakan sesuatu peristiwa ataupun sesuatu kejadian.
5.2 Rumusan Penceritaan Dalam Filem Si Tanggang
Secara ringkasnya, penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini adalah salah satu jenis penceritaan yang mengikut naratif penceritaan iaitu mengikut plot jalan cerita yang disebabkan oleh sebab dan akibat. Penceritaan di dalam filem Si Tanggang ini juga adalah dalam kategori yang naratif kerana menunjukkan jalan penceritaan yang berturutan daripada peringkat kanak-kanak dan juga dewasa sehinggalah Tanggang mendapat balasannya. Manakala isteri, anak kapalnya dan bahteranya telah menjadi batu.
Penceritaan di dalam filem ini juga mempunyai suara narattorya seolah-olah berkomunikasi secara terus bersama audiensnya. Selain itu juga ia dibantu oleh visual yang mudah diterima audiens tanpa perlu berfikir apa yang dilihat mereka.
Selain itu, penceritaannya sememangnya seolah-olah seperti seseorang bercerita di hadapan kita dan ianya berbeza dengan teknik pada zaman sekarang yang secara terus-menerus dan penonton perlu berfikir. Walaupun filem itu mengkehendaki audiens supaya berfikir untuk menafsirkan maksud visual yang disampaikan namun untuk konsep hiburan, pengarah harus menunjukkan maksud yang ingin disampaikannya di dalam visual. Kedua-dua konsep iaitu audiens perlu berfikir tentang visual dan pengarah perlu menunjukkan visual supaya audiens tidak perlu berfikir kerana untuk hiburan seharusnya ada di dalam sesuatu filem.
5.3 Rumusan Luqman Al-Hakim
Secara kesimpulannya, terdapat pendapat-pendapat yang dikeluarkan mengenai identiti Luqman Al-Hakim ini bahawa ada yang mengatakan Luqman Al-Hakim adalah seorang nabi dan ada pula yang mengatakan beliau adalah seorang salih. Ibnu Abbas mengatakan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang hamba habsyi.
Ada pula yang mengatakan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang yang bertubuh pendek, berhidung mancung dan berasal dari negeri Nubah. Selain itu ada pula yang mengatakan dia adalah seorang yang datang dari Negeri Sudan yang berhampiran dengan negeri Mesir dan terdapat lagi versi yang lain. Walaupun begitu, mereka kesemuanya telahpun sepakat mengatakan bahawa belaiau adalah seorang pendita yang mempunyai kata-kata yang penuh hikmat dan kebijaksanaan.
Allah telah memberikannya penghormatan yang tinggi kerana sifatnya yang mulia dan menamakan sebuah surah dari Al-Quran dengan namanya. Di dalam surah Luqman ini Allah mengabadikan mutiara daripada nasiahat-nasihat Luqman untuk tatapan kaum muslimin. Nasihat-nasihat ini dapat dijadikan panduan di dalam kehidupan kerana walaupun datangnya daripada lisan Luqman, tetapi sebenarnya merupakan firman-firman Allah yang telah diletakkan ke atas lisan Luqman Al-Hakim yang kemudiannya disampaikan pula kepada putera-puteranya.
Meskipun pekerjaannya hanyalah sebagai tukang kayu, akan tetapi Allah ta’ala telah mengurniakan baginya kebijaksanaan dan pemikiran yang cerdas sehingga segala kata-kata yang tercetus daripada lisannya mengandungi mutiara hikmat dan kebijaksanaan yang seterusnya menjadi manfaat kepada manusia.
5.4 Rumusan Sepuluh Wasiat Luqman Al-Hakim
Daripada hasil kajian, ayat-ayat yang terdapat di dalamnya nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya adalah di dalam ayat 13 hingga ke 19 Surah Luqman. Surah Luqman adalah surah yang ke-31 dalam susunan surah-surah Al-Quran. ( Syed Ahmad Semait, 1991)
5.4.1 Rumusan Wasiat Pertama: Jangan Sekali-kali Mempersekutukan Tuhan
Daripada hasil kajian, ayat 13 dalam Surah Luqman membawa maksud wasiat supaya manusia tidak sekali-kali mempersekutukan Tuhan. Syed Ahmad semait (1991 : 16) menyatakan manusia sememangnya selalu lemah mengendalikan urusan dirinya apatah lagi dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan hawa nafsunya. Ini kerana, Syaitan itu sentiasa memasang perangkap dimana-mana sahaja untuk menarik manusia memihak kepadanya agar di hari kiamat kelak, sama-sama akan menjadi isi neraka. Ketika itu, barulah Syaitan berasa puas, apabila melihat anak-anak Adam bersama-sama dilontarkan ke dalam perut Neraka.
Dalam penceritaan Si Tanggang ini, ibu Tanggang iaitu Dermai meminta doa kepada Tuhan supaya memberikan balasan terhadap Tanggang yang tidak mengaku dia sebagai ibunya. Di sini dapat dilihat bahawa ibu Tanggang tidak meminta pertolongan dan berdoa kepada benda lain selain Allah. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempersekutukan Tuhan dengan benda-benda lain.
5.4.2 Rumusan Wasiat Kedua : Wasiat Untuk Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu-Bapa
Daripada hasil kajian, nasihat yang kedua yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya sesudah mengesakan Tuhan, ialah supaya manusia hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 25). Allah Ta’ala telah memandang berat terhadap perkara berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, sehingga Dia meletakkan perintah itu beriringan dengan perintahNya dalam hal mengesakan ZatNya dan menyembahNya.
Di dalam penceritaan ini Sedari kecil Tanggang dijaga baik oleh ibunya dan segala permintaan Si Tanggang dipenuhinya walaupun terpaksa menerima cacian dan hinaan. Si Tanggang memaksa ibunya dengan permintaan yang tidak patut iaitu mempergunakan emaknya supaya meminang Si Montel anak Orang Kaya Dinas.
5.4.3 Rumusan Wasiat Ketiga : Jangan Ikut Seruan Syirik
Penghargaan manusia terhadap kedua ibu-bapanya itu adalah mutlak, pasti disempurnakan secara yang baik dalam apa rupa sekalipun. Sebab hak mereka itu di atas segala hak-hak yang lain, tidak dapat dinafikan sama sekali. Meskipun demikian, di sana ada suatu hak lagi yang tetap mengatasi hak mereka, iaitu hak Allah s.w.t, yang tiak boleh ditolak-ansurkan atau ditawar-menawarkan.
Luqman telah mengingatkan puteranya bahawa masalah ‘tauhid’ atau pengesaan Allah Ta’ala itu adalah masalah pokok, yang tidak boleh ditukar ganti, kerana orang yang telah mengenal allah itu ialah orang yang telah terselamat dari kesesatan, orang yang tlah keluar dari gelap-gelita kepada cahaya nur yang terang benderang.
Taufiq dan hidayah itu adalah kurnia-kurnia yang besar dari Allah s.w.t, adakah petut ia dipertukar-gantikan dengan kesesatan pula.Meskipun segala kehendak dan permintaan kedua ibu-bap itu mesti dijunjung tinggi dan dilaksanakan sekadar termampu, namun dalam hal menduakan Tuhan yang Esa itu tidaklah boleh diturutkan kekehendak mereka, demikian bunyi wasiat Luqman itu. ( Syed Ahmad Semait, 1991: 33 & 34).
5.4.4 Rumusan Wasiat Keempat : Ingatlah Bahawa Manusia Akan Mati
Daripada hasil kajian, ayat ini menganjurkan kita supaya menurut jejak langkah orang yang kembali kepada Tuhan. Yakni, orang yang sentiasa menghisab dirinya. Jika ada sesuatu yang salah dilakukan, segeralah dia kembali kepada Allah, dan memohon keampunanNya ata kesalahan yang telah dilakukannya itu. Sebab, sebagaimana bunyi ayat yang berikutnya pula : “ kemudian kepadaKu tempat kamu sekalian kembali”
5.4.5 Rumusan Wasiat Kelima : Tiada Yang Tersembunyi Daripada Ilmu Allah
Di dalam ayat ini pula tersimpul wasiat Luqman Al-hakim yang kelima, iaitu suatu wasiat yang amat penting untuk dijadikan pegangan hidup bagi manusia; iaitu amalan kita bagaimana kecil sekalipun melainkan diketahui oleh Allah s.w.t.
Jangan ada amalan yang kita lakukan kerana ada tujuan mempamerkan kepada manusia, ataupun kerana sesuatu sebab keduniaa umpamanya kerana minta dipuji orang, atau kerana hendakkan pangkat dan kedudukan dan sebagainya. Apabila amalan itu diiringi oleh sebab-sebab tersebut, nescaya binasalah ia, tidaklah ia kerana allah lagi, dan amalan yang bukan kerana allah adalah sia-sia, tidak ada ganjarannya nanti di hari akhirat. Ini mengenai kelakuan manusia yang baik.
5.4.6 Rumusan Wasiat Keenam : Dirikanlah Sembahyang
Sembahyang ialah pokok syariat islam yang penting, sebab itulah dia menjadi rukun Islam yang utama sesudah rukun dua kalimah syahadat. Pertama-tama yang dituntut oleh Agama Islam sesudah seseorang itu mengucap du akalimah Syahadah ialah melaksanakan sembahyang. Orang yang tidak tahu cara-cara sembahyang, wajib belajar dengan serta merta. Jika dia belum selesai belajar, hendaklah dia mengerjakan sembahyangnya sekadar apa yang dia telah tahu, namun sembahyang tidak boleh sama sekali ditinggalkan
5.4.7 Rumusan Wasiat Ketujuh : Kerjakanlah Yang Baik Dan Tinggalkanlah Yang Jahat
Menyuruh mengerjakan yag baik itu adalah suatu cabang dari dakwah Islamiah yang wajib atas setiap orang Muslim. Dmikian pula dengan mencegah perbuatan yang jahat. Kerana kedua-duanya adalah syiar-syiar Agama Islam yang suci, yang tanpanya dunia akan menjadi huru-hara, dan manusia tidak akan mengenal batas-batas allah s.w.t. sebab itu allah ta’ala telah memuji orang yang menjalankan tugas ini.
5.4.8 Rumusan Wasiat Kelapan : Jangan Suka Menyombong Diri
Sifat sombong itu adalah sifat yang tercela, diarang keras oleh agama. Luqman Al-Hakim di dalam nasihatnya kepada puteranya melarang anak itu bersifat sombong. Katanya, jangan kau memalingkan mukamu kepada manusia yang lain ketika kau berkata-kata kepadanya.
Menghadapkan muka adalah alamat dari menghadapkan hati. Dengarkanlah dia bercakap, simakkan baik-baik. Kalau engkau bercakap dengan seseorang, padahal mukamu engkau hadapkan ke jurusan lain, akan tersinggunglah perasaannya. Dirinya tidak dihargai, perkataannya tidak sempurna didengarkan.
5.4.9 Rumusan Wasiat Kesembilan : Sederhanalah Dalam Perjalanan
Setelah mengingatkan puteranya supaya jangan berlagak sombong dalam perjalanan, luqman Al-hakim lalu memberikan diskripsi cara perjalanan manusia yang beradab dan bersopan santun, agar dia tidaj dimurkai oleh Allah, maka katanya: Dan sederhanalah dalam perjalananmu!” yakni, jalan yang tidak terlalu cepat, sehingga tidak menggangu orang yang di kanan dan kiri, melanggar di sana dan melanggar di sini, sampai membernagkan orang di sekeliling.
Ataupun tidak pula berjalan terlalu lambat sekali, satu-satu langkahnya, menunjukkan akulah orang yang teratur, dan tidak tahu bergopoh-gapah, sehingga timbul di dalam dirinya perasaan ritya’ dan menunjuk-nunjuk. Kelakuan yang demikian meminta orang memuji-muji dan mengangkat diri, yang semua itu tidak disukai oleh allah s.w.t.
5.4.10 Rumusan Wasiat Kesepuluh : Rendahkanlah Suaramu
Daripada hasil kajian, Luqman menyambung nasihatnya lagi dengan berkata apabila bercakap, jangan terlalu mengangkat suara, bertekak dan bertegang urat, sebab semua itu tidak akan membawa faedah apa pun. Malah mungkin menimbulkan perpecahan dan pertengkaran, yang tiada siapa pun akan mendapat faedahnya. Sebab syaitan amat suka apabila berlaku pertengkaran antara dua orag saudara, atau dua orang sahabat, ataupun dua pihak, sehingga akhirnya mereka berpecah-belah, yang satu mencaci yang lain.
5.5 Cadangan
Terdapat beberapa cadangan yang saya kemukakan terutamanya untuk pengkaji-pengkaji dan juga pelajar-pelajar yang ingin mengkaji bagaimana sesebuah filem itu sangat rapat berkait dengan kepercayaan masyarakat.
5.5.1. Cadangan Kepada Bakal Pengkaji
Bakal pengkaji disarankan supaya menkaji lah tokoh-tokoh ilmuan terulung pada ketika dahulu seperti Lukman Al-Hakim danramai lagi kerana merekalah sebenarnya yang menjadi perintis ilmu yang ada pada masa sekarang ini.
Disebabkan berlakunya pelbagai revolusi pada masa lampau menyebabkan ilmu-ilmu tersebut dianggap telah dipelopori oleh golongan Barat. Namun begitu sekiranya dikaji dengan lebih mendalam, sebenarnya lebih banyak falsafah dan ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditiru oleh golongan Barat.
5.5.2 Cadangan Kepada Industri
Industri perfileman Malaysia haruslah memerbanyakkan filem yang bercorak ilmiah dan pendidikan kerana penonton pada masa sekarang lebih bijak dan bukannya menonton sesebuah filem hanya untuk hiburan semata-mata. Mereka ingi menonton sesebuah filem yang boleh menjadi panduan dan menjadi inspirasi di dalam kehidupan mereka.
5.5.3 Cadangan Kepada Khalayak Penonton
Khalayak ramai haruslah menyokong industri perfileman di Malaysia kerana sebenarnya ianya adalah sebagai mendium yang mengajar dan mempengaruhi minda kanak-kanak sejak belum berakal lagi.
5.5 Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang telah dibuat dapat dilihat di sini bahawa sesuatu filem seharusnya mengandungi falsafah dan pelbagai ilmu yang bermanfaat dan ia bergantung bagaimana seseorang pengarah itu mempresentasikannya di dalam bentuk visual dalam sesebuah penceritaan filem.
Pengkajian terhadap falsafah dan juga kaitannya dengan ilmu pengetahuan di dalam filem sangat penting untuk dikaji supaya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam filem tidak terhad hanya di dalam filem. Ianya juga membidas kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan filem hanyalah sekadar untuk hiburan semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment